TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Tukar Balik Dari Ekuiti Kepada Royalti – Petronas... Oleh Wordpress Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)
PENULIS blog itu kena tahu bahawa bayaran royalti tidak akan berhenti dengan adanya 30% ekuiti. Ertinya, Sabah selain mendapat bayaran 5%, “on top of that” dapat juga ekuiti 30%. Contoh perkiraan, jika pendapatan RM1 juta maka royalti adalah sebanyak RM50 ribu. Atas sebab ada ekuiti 30%, maka dapat tambahan RM15 ribu. Bermakna, dengan royalti 5% dan ekuiti 30%, maka Sabah sekarang bukan lagi mendapat RM50 ribu, sebaliknya RM65 ribu daripada operasi Petronas.
Untuk pengetahuan blogger tersebut selain memiliki ekuiti, Sabah juga mempunyai syarikat minyaknya sendiri iaitu M3Energy Bhd. M3Energy adalah sama dengan Petronas dan syarikat-syarikat lain dalam industri minyak yang sedang beroperasi di Sabah.
Melalui operasi syarikat Sabah sendiri, maka seluruh keuntungan dimiliki oleh negeri. Selain itu, ianya membuka peluang kepada rakyat Sabah berkecimpung dalam industri minyak.
Kejayaan Sabah melalui kepimpinan Datuk Seri Musa Aman mempertahankan royalti dan mendapatkan ekuiti adalah satu pencapaian yang luar biasa. Bagi Musa, pemilikan ekuiti merupakan satu cara mempertingkatkan pendapatan melalui hasil minyak dan gas negeri.
Penglibatan Sabah melalui industri minyak bukan sahaja membuka peluang-peluang pekerjaan, juga membuka industri hiliran di masa depan. Tujuan kepada semua ini adalah untuk generasi akan datang.
Bayangkan sejak minyak dikeluarkan daripada Sabah sejak tahun 1976, hanya selepas 37 tahun Sabah berkesempatan mempunyai syarikat minyak dan gas sendiri dan seterusnya terlibat secara langsung.
Perlu diketahui bahawa kekangan utama menyertai industri minyak adalah modal berikutan industri minyak memerlukan modal yang sangat besar. Pada awal kemerdekaan Sabah, memang diakui negeri selain kekurangan modal juga tiada pengalaman selain jarangnya tenaga pakar. Oleh kerana kini ramai sudah rakyat Sabah mempunyai kepakaran kerana telah berkhidmat di syarikat-syarikat besar sebelumnya, maka kini mereka mencurahkan pula pengetahuan dan pengalaman itu pada syarikat milik kerajaan negeri.
0 comments:
Post a Comment