Latest News

Sunday 7 August 2016

"Sabah For Sabahan" Pendekatan Ke Belakang


PENDEKATAN Sabah For Sabahan, sebenarnya, mahukan negeri ini kembali ke era kemunduran kerana pendekatan seumpama itu adalah pendekatan sempit.

Dunia telah membuka diri sejak bermulanya milenium kerana hanya cara itu boleh membantu manusia menikmati apa yang diperlukan sebagai insan di dunia.

Pendekatan Sabah For Sabahan kalau diertikan secara luas, sebenarnya satu pendekatan anti masyarakat atau anti jemaah. Di mana-mana catatan sejarah atau pengalaman mereka yang masih hidup, pendekatan anti masyarkat atau anti sosial atau anti jemaah merupakan satu tindakan memundurkan diri.

Mengapa ada setengah pemimpin yang kecewa mengambil pendekatan itu? Sebabnya, hanya cara itu mereka itu boleh menjadi pemimpin pada kelompok kecil kerana pendekatan mereka itu, dilihat oleh majoriti sebagai pendekatan ke belakang, sempit malah boleh dikategorikan sebagai sangat bahaya kalau dihubungkan dengan semangat negara khususnya negara Persekutuan Malaysia. Atas asas itulah, mereka itu tidak boleh menjadi pemimpin pada kelompok besar. Oleh kerana mereka ingin juga jadi pemimpin, maka mereka menggunakan pendekatan sempit itu agar mereka menjadi perhatian. 

Rakyat Sabah, sudah celik permainan pemimpin politik yang menggunakan pendekatan sempit. Atas sebab itu, pendekatan itu sebenarnya sudah ditolak sejak tahun 90-an lagi.  Rakyat yang mahu kemajuan dan rakyat yang mahu bergerak ke depan, sudah bersedia berdepan dengan dunia tanpa sempadan dan bukan lagi bergantung kepada cara berpuak-puak.

Dalam apa bidangpun yang diceburi manusia hanya melalui kerja berpasukan, bekerjasama, saling bantu-membantu, saling sokong-menyokong seperti aur dengan tebing sahaja yang boleh melangkah ke hadapan. Cuba lihat di peringkat global telah wujud G7, G77, NATO mahupun OIC. Mengapa? Kerana dunia tidak dapat berjalan dengan sempurna tanpa saling kerjasama antara negara. 

Di Sabah, mengapa ada pemimpin yang mahu kembali ke belakang dengan slogan Sabah For Sabahan? Sebabnya, mereka itu sudah terpinggir daripada kumpulan besar. Mereka itu hanya menunggu saat untuk ditalkinkan...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook