Latest News

Tuesday 9 August 2016

Sarawak Pilih Media SABAH MEMILIH POLISI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Musa aman ketua menteri sabah... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(ii) Musa aman ketua menteri sabah... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(iii) Musa aman ketua menteri sabah... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)


BAGI mereka yang tidak faham bagaimana kerajaan negeri Sabah mengurus pentadbiraan termasuk pemberian permit kepada kakitangan syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah termasuk Petronas, maka mereka akan membuat dakwaan seperti mana yang ditulis oleh pengguna facebook tersebut.

Pentadbiran negeri Sarawak dan Sabah sangat berbeza. Sarawak suka memilih media untuk mewar-warkan sebarang permintaan terhadap syarikat milik persekutuan yang beroperasi di negeri itu. Manakala Sabah pula memilih 'mesyuarah' bukan berbentuk provokasi. Sabah memilih keadaan menang-menang kerana mahukan rakyat Sabah terdedah kepada dunia luar. 

Datuk Seri Musa Aman kerap berkata, sejak 13 yang lalu sebarang permintaan atau cadangan kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan semuanya dipersetujui dan sudah tentu termasuk pelantikan rakyat Sabah di syarikat-syarikat milik Persekutuan termasuk Petronas. Malah, Petronas Sabah dan Labuan satu masa nanti akan diketuai oleh rakyat Sabah iaitu Datuk Joseph Podtung.

Mungkin Sarawak mahu menutup peluang rakyat negeri itu bertugas di bahagian-bahagian atau cawangan-cawangan Petronas di luar negara. Atas sebab itu, mahu menumpukan jawatan-jawatan yang beroperasi di Sarawak. Boleh sahaja Petronas lakukan apa yang kerajaan Sarawak inginkan. Namun, syarikat itu juga mempunyai kuasa menentukan jumlah kakitangan yang diperlukan. Tindakan kerajaan Sarawak itu mungkin ada kebaikan untuk jangka pendek. Namun, jangka panjang menutup peluang rakyat negeri itu. Atas sebab itu, jangan heret kerajaan Sabah atas tindakan Sarawak kerana Sabah mempunyai perancangan untuk rakyatnya bagi masa yang panjang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook