Latest News

Tuesday 2 August 2016

SENTIMEN Senjata Pembangkang Tumbangkan Kerajaan


PADA PRU-13, dua (2) sentimen yang dimainkan pembangkang khususnya di kawasan majoriti bukan Islam iaitu satu propaganda yang kononnya jika BN menang, maka semua kitab Injil akan dibakar. Sentimen tersebut berjaya di kawasan-kawasan majoriti bukan beragama Islam seperti Matunggong, Kadamaian, Tamparuli dan Kiulu. Manakala di Moyog, Kepayan dan sekitarnya, selain sentimen agama adalah juga keyakinan bahawa pembangkang bakal menumbangkan kerajaan. Atas sebab itu, mereka mahu sebahagian daripada kerajaan.

Kemenangan 12 kerusi DUN oleh pembangkang pada PRU-13 di Sabah hanya berasaskan dua sentimen tersebut iaitu masalah agama dan keyakinan parti kerajaan bakal tumbang.

Kini, strategi yang bakal di bawah pembangkang, adalah rakyat miskin atas sebab pemimpin merompak kekayaan negeri untuk kepentingan peribadi selain dakwaan kerakusan pemimpin yang hanya mengutamakan keluarga dan suku sakat dan diimbangi dengan suku kaum serta agama.

Pembangkang dalam setiap peluang bercakap berkaitan dengan para individu yang mempunyai kuasa dalam kerajaan. Antaranya mereka yang mendapat peluang mendapatkan projek kerajaan, mereka yang mengurus khazanah kerajaan dan sebagainya.

Mereka membanding-bandingkan kadar pembangunan di kawasan-kawasan tertentu dengan kawasan-kawasan tertentu selain membandingkan kekayaan para pemimpin tertentu sebelum mendapat kedudukan.

Pembangkang membangkitkan semangat rakyat melalui dakwaan bahawa kurangnya peluang pekerjaan atas sebab kerajaan tidak mampu mewujudkan aktiviti ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya para belia dan lepasan pengajian tinggi. Alasannya adalah kewangan negeri hanya untuk membantu kalangan tertentu di pihak kerajaan untuk melaksanakan projek-projek yang bersifat 'gajah putih'.

Pembangkang membuat dakwaan, Sabah mempunyai ladang kelapa sawit terbesar di negara ini, pengeluar minyak dan gas. Namun, semua itu tidak dinikmati rakyat atas sebab sebahagian besar hasil diangkut ke Semenanjung.

Dari segi politik pula, mereka mendakwa bahawa rakyat Sabah hanya digunakan oleh pemimpin Semenanjung untuk terus berkuasa dan dalam hujah mereka, rakyat Sabah pula jadi kuda tunggangan. Atas sebab itu, kerajaan negeri perlu diubah untuk satu pendekatan baru atau “new deal” agar rakyat Sabah menikmati apa yang seharusnya diperolehi.

Kini, pembangkang mempergunakan pendekatan suku kaum menjelang PRU-14 bagi menumbangkan Kerajaan Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal akan mewakili suku kaum Bajau, Datuk Seri Lajim Ukim akan mewakili kaum Bisaya dan Brunei, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Dr Jeffery Kitingan bagi kaum KDMR sementara Datuk Seri Yong Teck Lee kaum Cina. Mereka mempergunakan sentimen perkauman di kawasan-kawasan di mana suku kaum itu adalah majoritinya. Sementara sentimen umum, mereka mempergunakan bahawa harta Sabah dirompak bukan sahaja oleh pemimpin BN juga oleh Semenanjung.

Bagi sentimen perang saraf, Datuk Seri Shafie Apdal akan terus mengerakkan bahawa ramai ahli UMNO keluar daripada parti walaupun secara faktanya tidaklah seramai mana yang ikut jejak beliau. Tujuan kepada perang saraf ini agar ahli dan penyokong UMNO terpancing dan hilang kepercayaan kepada parti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook