Latest News

Monday 1 August 2016

SOALAN PEDAS: Bukankah Shafie Itu Jadi JUTAWAN Kerana UMNO?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) umno papar keluar parti... Oleh Word Press Neo Kihampau Tohoh (screenshot)
(ii) I will have to agree with Shafie on this remark... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

DATUK Seri Shafie Apdal bagaikan 'burung unta' menyembunyikan kepala yang kononnya Shafie tidak nampak orang sedangkan badannya yang besar itu terlondeh kelihatan.

Rakyat Sabah tahu benar bahawa Shafie hanya sebagai pegawai kerajaan semasa menyertai UMNO pada tahun 1990. Shafie tiada latar belakang sebagai peniaga sehingga dapat menompokkan kekayaan kerana hasil perniagaannya. Shafie sebelum tahun 1990, hanya seperti pegawai kerajaan lain,yakni makan gaji dan habis bulan habislah gaji.

Mengapa Shafie boleh mendakwa bahawa pemimpin UMNO memperkaya dirinya, sedangkan rakyat dibiarkan miskin? Rupanya beliaulah pemimpin itu! Sementara para pemimpin lain yang berusaha menyakinkan rakyat bahawa perjungan mereka adalah untuk mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan, rupanya Shafie pula yang mengumpulkan kekayaan. 

Tahun 1990, kadar kemiskinan Sabah hampir kepada 40 peratus. Pada tahun 2009, turun kepada 19 peratus dan pada tahun 2012 turun kepada 8 peratus tetapi terkini telah menghampiri 4 peratus. Penurunan kadar kemiskinan itu menandakan kerajaan negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Musa Aman berada di landasan yang betul. Kadar kemiskinan itu sebenarnya dapat diturunkan lagi jika peruntukan Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW yakni Kementerian Shafie benar-benar dibelanjakan untuk rakyat. Namun, apa yang berlaku kebanyakan projek KKLW dilaksanakan bukan untuk kepentingan rakyat atau projek bukan berasaskan prioriti sebaliknya berasaskan berapa peratus bakal diperolehi kroni.

Semasa Shafie masih memegang jawatan Menteri Kabinet, ramai pemimpin mengutarakan agar peruntukan yang disalurkan untuk Sabah melalui KKLW diberikan langsung kepada Sabah. Sebabnya, kementerian itu membelanjakan peruntukan bukan atas keperluan rakyat Sabah atau projek yang boleh memacu ekonomi. Sebaliknya, projek-projek yang bersifat gajah putih malah projek-projek yang sangat diperlukan rakyat seperti Bekalan Air Luar Bandar terbengkalai. Sedangkan, projek itulah yang paling mustahak kepada rakyat. 

Sejak bila Shafie bercakap soal-soal ladang kelapa sawit pula? Selama lebih 20 tahun sebagai menteri dan ada kedudukan dalam parti, adakah beliau pernah bercakap soal kelapa sawit? Shafie ini macam mabuk arak pula dan tidak tahu apa yang dicakapkannya. Sedangkan, rakyat Sabah tahu siapa dia. Menepatilah bahawa MP Semporna bagaikan seekor 'burung unta'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook