Latest News

Tuesday 9 August 2016

SUMBER TENAGA GEOTERMA DI TAWAU PERLU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PEMBANGUNAN PRASARANA KEPERLUAN RAKYAT LUAR BANDAR LEBIH PENTING... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

APA yang penting dan perlu adalah pengwujudan tenaga yang bersifat renewable seperti geoterma. Tenaga geoterma yang dibina di Tawau menjadikan pembekal tenaga itu merupakan teknologi canggih berasaskan geoterma di negara ini.

Mungkin pemilik facebook itu tidak tahu bahawa tenaga geoterma itu merupakan kemudahan awam atau rakyat atau dengan kata lain, infrastruktur yang diperlukan oleh rakyat umum. 

Sumber tenaga bukan sahaja memenuhi keperluan rakyat. Bahkan, ianya juga boleh membuka aktivtiti ekonomi baru khususnya industri yang menggunakan tenaga.

Berkaitan jalan raya, Sabah akan membina Lebuhraya Pan Boreno yang meliputi seluruh Sabah dari Kudat hingga ke Tawau dan Sipitang dan seterusnya bersambung dengan lebuh raya di Sarawak. Melalui kewujudan Pan Borneo, maka akan terwujud pula cabang-cabang jalan lain yang akan dihubungkan dengan perkampungan sekitar. 

Pembangunan seperti jalan raya bukan seperti memasak roti canai. Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya memerlukan masa dan kewangan. Kalau dibandingkan tenaga empat kerat yang boleh diberikan oleh pengguna facebook itu sehingga akhir hayat, mungkin hanya dapat membina jalan 2 hingga 3 km sahaja dan itupun hanya jalan raya tanah. 

Kerajaan mana tidak mahu memajukan negeri? Kerajaan mana tidak mahu membina jalan raya atau pemimpin mana yang tidak mahu melalui jalan raya yang rata? Semua pemimpin termasuk rakyat mahu memandu pada jalan yang rata dan selesa. Namun, atas kekangan kewangan maka memerlukan masa. Sebagai contoh, pembinaan Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion memerlukan setengah abad untuk merealisasikannya.

Mereka yang hanya tahu bercakap seperti pengguna facebook itu, sebenarnya mereka yang tiada penglibatan terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, hanya syiok sendiri kerana tiba-tiba menjadi penulis atau wartawan di awang-awangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook