Latest News

Friday 5 August 2016

Susulan Persaraan Tan Sri Pairin Kitingan & Laporan RCI Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PAIRIN MUST FINISH HIS RCI TASK FIRST... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

TAN Sri Pairin Kitingan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasca RCI (PATI) Sabah bukan atas kapasitinya sebagai Presiden PBS tetapi atas kapasitinya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan atas kapasiti sebagai “Tan Sri Pairin Titingan”. Rakyat Sabah kena faham terma rujukan sebelum membuat berbagai dakwaan berkaitan mengamanahkan tugas-tugas Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Melalui pemahaman itu, maka tidak timbul berkaitan pelepasan tanggungjawab berkaitan dengan tugas sebagai Pengerusi Pasca RCI (PATI) Sabah kerana Timbalan Ketua Menteri masih “incharge” berkaitan dengan jawatankuasa tersebut.

Bagi mereka yang tidak memahami berkaitan dengan terma rujukan pembentukan Jawatankuasa Pasca RCI (PATI) Sabah sememangnya tidak ada merit untuk mengkritik Tan Sri Pairin Kitingan.

Mereka yang cuba mengkritik Timbalan Ketua Menteri yang kononnya beliau memberi lalulan kepada timbalannya menjalankan tugas parti adalah sebagai satu cara melepaskan diri daripada tanggungjawab berkaitan RCI (PATI) Sabah, sebenarnya merupakan penghinaan kepada pihak melantik atau memberikan amanah termasuk menghina Tan Sri Pairin Kitingan sendiri.

Dakwaan atau kritikan itu memang tidak dapat disangkal atau dicegah kerana datangnya daripada pembangkang. Lumrah pembangkang perkara yang betul dikatakan salah dan perkara salah dikatakan betul. Ertinya, mereka itu senantiasa berdolak-dalik dalam sebarang kenyataan untuk tujuan mengelirukan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook