Latest News

Monday 8 August 2016

TANGGAL KEMERDEKAAN DIPERTIKAIKAN: Satu Soalan Mundur Ke Belakang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TIDAK MALUKAH MUSA AMAN KETUA MENTERI SABAH KERANA GAGAL MENUNTUT HARI KEMERDEKAAN SABAH... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

BAGI mereka yang sempit fikiran, maka tidak mampu berfikir secara besar. Mereka ini ibarat "kelapa jatuh di depan anak ayam, kemudian anak ayam kecoh sekampung kerana dunia hendak kiamat".

Apa yang dibanggakan dengan Internal Self-Government yang diberikan British pada tanggal 31 Ogos 1963? Kalau dikaji benar-benar latar belakang pemberian Internal Self-Governement itu adalah kerana North Borneo sudah bersetuju sebelum tarikh itu untuk menyertai Persekutuan Malaysia yang ditandatangani di London sebelum tarikh tersebut.

North Borneo atau Sabah benar-benar merasa merdeka apabila bendera Union Jack diturunkan pada tengah malam 15 September 1963 dan seterusnya merdeka pada 16 September 1963.

Bagaimana menuntut atau meraikan sesuatu tarikh di mana Sabah belum dibebaskan pada 31 Ogos 1963? Kerana ianya hanya merupakan atas kertas dan pada masa itu bendera Union Jack masih berkibar di tanah North Borneo.

Pemilik facebook itu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya kerana hanya membaca dokumen lama dan mentafsirkannya pada masa kini. Atas sebab itu, boleh membuat kenyataan mundur ke belakang atau satu kenyataan kurang cerdik.

Tarikh 31 Ogos 1963 hanya satu kenyataan 'aku janji', boleh sahaja berubah. Atas sebab itu, tarikh itu sebenarnya bukan satu tarikh yang perlu dibanggakan. Sarawak yang mengistiharkan 22 Julai 1963 sebagai Hari Merdeka negeri itu kerana situasinya berbeda dan kerana Union Jack Bendera British telah diturunkan pada tengah malam 21 julai 1963.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook