Latest News

Friday 12 August 2016

Tun Mahathir Di Mata Dato' Seri Najib Razak


BERIKUT ucapan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang dipetik melalui blog beliau pada 12 Ogos 2016. Walaupun beliau tidak menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang dimaksudkan, namun isi ucapan itu bulat-bulat mengarah kepada mantan Perdana Menteri selama 22 tahun tersebut.

Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 sebagai Perdana Menteri keempat negara dan bersara pada tahun 2003.

Mungkin telah menjadi ikutan, mantan-mantan Perdana Menteri di negara ini, kecuali Tun Abdul Razak Hussien dan Tun Abdullah Badawi kerana setiap Perdana Menteri Malaysia yang telah bersara, biasanya tidak sehaluan dengan Perdana Menteri yang sedang berkuasa. 

Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal di luar parti UMNO dan kemungkinan besar juga akan berlaku kepada Tun Mahathir kerana beliau telah keluar daripada parti pada Februari lalu. Kini, membentuk sebuah parti baru untuk menentang UMNO.

Kita ikuti ucapan Dato' Seri Najib Razak seperti berikut:

Ucapan Perdana Menteri mengenai Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara (Dipetik daripada NajibRazak.com bertarikh 12 Ogos 2016)

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat. Saya menceburi bidang politik melalui parti saya di mana perjuangannya adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat dan nilai hidup saya.

Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu.

Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.

Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, beliau sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.

Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?

Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau. Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya.

Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.


Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh."
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook