Latest News

Monday 8 August 2016

USAH LAYAN Kenyataan Budak Nakal

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sepupu Musa Aman mengaku juga berkenaan dakwaan kami beberapa minggu lepas... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

SEMUA kita tahu bahawa kalau budak nakal berkata sesuatu, memang tidak menggunakan akal dan sangat jauh sekali daripada kebenaran. Budak nakal adalah budak yang senantiasa berbuat sesuatu diluar kebiasaan kerana namanya juga budak nakal.

Budak nakal selalu bertindak tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan biasa. Tindakan budak nakal boleh bercanggah dengan agama, boleh bercanggah dengan adat resam dan kadangkala berbahaya kepada masyarakat. Atas sebab itu, kerajaan mendirikan pusat-pusat serenti untuk budak nakal seperti sekolah Hunrey Gurney. Budak pemilik facebook itu tidak boleh dirujuk ke hostpital mental kerana dia tidak dikategorikan sebagai orang gila. Namun, oleh kerana tindak tanduknya, maka budak itu perlu dirujuk ke sekolah Hunrey Gurney untuk satu tempoh masa tertentu.

AFS perlu memberitahu pembaca media sosial berkaitan dengan budak nakal ini supaya penggiat media sosial tidak dinafikan dengan maklumat betul. Manalah tahu ada penggiat media sosial terpengaruh dan jika terpengaruh oleh kerana pembaca atau penggiat sosial itu terdiri daripada mereka yang waras, maka akan terpalit dosa. Malah, berdepan dengan risko undang-undang kerana memfitnah!

Budak nakal ini kalau dihadapkan di mahkamah, apa yang boleh dilakukan oleh hakim adalah menghantar di sekolah Hunrey Gurney untuk dilatih bercakap betul dan mengelak memfitnah orang. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook