Latest News

Thursday 1 September 2016

2 SOALAN MENCARUT Sememangnya Mengarut Di Blog!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dua Soalan Untuk Salleh Said Berhubung Dana 4 Bilion... Oleh Word Press Neo Kihampau Tohoh (screenshot)

PENULIS (MACAI SHAFIE) blog ini, berlagak seperti nujum dan mempersoalkan seorang menteri kabinet yang bila-bila masa sahaja boleh berjumpa dengan Perdana Menteri. Butakerr??

Sedangkan, sudah menjadi lumrah biasa apabila seseorang yang kehilangan jawatan akan mencari berbagai alasan untuk menjustifikasikan mengapa dia hilang jawatan. Benar, bukan?

Angka dalam akaun Perdana Menteri yang didakwa dibawa oleh Tan Sri Abdul Gani Patail kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak menunjukkan apa-apa cerita. Akaun bank tidak boleh bercerita! Dato' Seri Najib Razak telah terang-terangan mengakui bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan salah seorang Raja Arab Saudi dan itulah cerita yang sebenarnya!

Dato' Seri Najib Razak sudah mengakui bahawa sebelum sumbangan itu dibawa masuk, beliau telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Peguam Negara dan Pengerusi SPRM serta IGP dan kesemuanya mencadangkan agar wang itu dimasukkan ke dalam akaun khas atas nama Perdana Menteri dan melantik beberapa orang mengurus akaun tersebut. Ini hakikat yang diselindung oleh semua pembangkang.

Oleh kerana Peguam Negara telah tahu awal-awal lagi berkaitan wang tersebut dan jika beliau mempunyai salinan akaun dan menunjukkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengaku hampir pengsan melihat wang sebanyak itu adalah keterlaluan atas sebab, akaun bank itu hanya menunjukkan angka. Sedangkan, mantan Timbalan Perdana Menteri itu biasa melihat wang dalam bentuk angka, misalnya bajet negara yang berjumlah hampir RM260 bilion, wang 1MDB melalui “fact sheet” syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion, malah wang KWSP, KWAPM, LTAT dan TH yang juga berupa angka yang sangat besar.

Adalah keterlaluan bagi mantan Perdana Menteri itu menokok tambah perasaannya, sedangkan beliau pernah akui bahawa beliau pernah bertanyakan soal wang sumbangan tersebut kepada PM dan PM sendiri mengakuinya. Sebenarnya, wang derma tersebut bukan menjadi persoalan lagi kerana ianya bukan sesuatu yang dirahsiakan kepada mantan Perdana Menteri tersebut.

Oleh kerana mantan TPM itu mempolitikkan wang derma itu sedangkan status wang itu sudah jelas, maka atas sebab itulah, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak menganggap bahawa mantan TPM itu bankrapkan isu kerana mengulang-ulang sesuatu yang telah dijawab dengan jelas dan terang. Malah, semua pihak termasuk SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia serta pihak PDRM mengakuinya bahawa tiada sebarang unsur kesalahan jenayah atas sebab wang itu merupakan sumbangan daripada salah seorang Raja Arab Saudi.

Berkaitan dengan dua soalan blogger tersebut, apakah Salleh melihat sendiri akaun itu? Dengan mudah jawapannya, akaun itu bukan rahsia bagi menteri-menteri kabinet. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook