Latest News

Wednesday 21 September 2016

ALAHAI JUFAZLI, Apa Lagi Masalah Dengan Pelajar Universiti Sabah Malaysia (UMS)?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Universiti Malaysia Sabah UMS itu adalah milik masyarakat awam... Oleh FB Jufazli Shii AHmad (screenshot)

APABILA seseorang fasik seperti mana dakwaan pengguna facebook kononnya pelajar Universiti Sabah Malaysia (UMS) diorientasi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebagai penyokong kerajaan menunjukkan bahawa kenyataan itu bukan sahaja kenyataan paling bodoh dan tidak berasas tetapi juga merupakan kenyataan karut.

Apa yang diperkatakan oleh Jufazli itu, sebenarnya tidak tahu apa yang diperkatakan dan walaupun pemilik itu mengaku sebagai graduan dan muda, nampak gaya telah dijangkiti penyakit sindrom penafian iaitu satu penyakit yang cenderung percaya cerita palsu sebagai benar dan cerita benar sebagai tidak betul. Pembangkang's Style!

Universiti adalah tempat pelajar menimba ilmu dan setiap pelajar dituntut untuk menenuhi kriteria tertentu untuk diangugerahkan kelulusan Sarjana, apakah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).  Pelajar bukan dinilai kepada kecenderungan politik untuk diberikan kelayakan, sebaliknya berasaskan pencapaian akademik. Untuk itu, apabila seseorang yang mengaku seorang graduan mendakwa pelajar boleh ditarbiyah bagi menyokong sesebuah parti politik, sebenarnya, menggambarkan kepada pengguna facebook itu sendiri di mana dia mempunyai kecenderungan memilih politik fitnah dan bohong. Rupa-rupanya, dia tidak mempunyai kemampuan memilih mana satu cerita benar melainkan penyakit cerita palsu sebagai benar.

Bayangkan sebuah universiti yang dipenuhi oleh para ilmuan seperti UMS, begitu senang sekali atau orang Sabah bilang boleh-boleh dia fitnah bahawa universiti itu di bawah genggaman Musa. Sedangkan, Ketua Menteri itu bukan tenaga pengajar di Universiti tersebut. Bagaimana Musa boleh mengorientasi pelajar, sedangkan beliau hanya boleh bersua dengan pelajar semasa majlis penerimaan pelajar? Dan itupun hanya beberapa jam sahaja yang hanya merupakan tetamu Universiti. Takkan bodoh namanya tu?

Apabila seseorang mempunyai penyakit seperti didepani pengguna facebook itu, sebenarnya penyakit itu hanya boleh disembuhkan melalui memakan ubat yang diberikan oleh doktor pakar sakit jiwa. Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook