Latest News

Saturday 10 September 2016

APA?? 15 Peratus Rakyat Filipina Jadi Warganegara? STATISTIK TIDAK TEPAT!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau perang di Selatan Filipina berpanjangan... Oleh FB Dds Chazy Chaz (screenshot)

DAKWAAN kononnya lebih 15 peratus pelarian Filipina ke Sabah bermula tahun 70-an menjadi warganegara, terbukti tidak tepat apabila Laporan RCI (PATI) yang diumumkan pada Disember 2014. Melalui laporan itu, tidak diperinci berapa ramai pelarian telah diberikan warganegara. Namun, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejak tahun 1970, hanya 90 ribu rakyat asing daripada berbagai negara telah diberikan kewarganegaraan.

Viral dilakukan pengguna facebook itu hanya memetik kenyataan daripada beberapa saksi semasa RCI (PATI) Sabah sewaktu sedang menjalankan tugas pendengaran pada tahun 2013.

Jawatankuasa Pasca RCI (PATI) Sabah, telahpun ditubuhkan untuk mengenal pasti berapa sebenarnya rakyat asing diberikan kewarganegaraam sejak tahun 70-an. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin Kitingan itu masih belum memuktamadkan laporan tersebut berikutan masih menjalankan siasatan terperinci agar masalah PATI Sabah dapat diselesaikan secara keseluruhan (“once for all”).

Inilah masalah maklumat dalam internet kerana internet merupakan simpanan fail di alam maya tanpa batas yang boleh digali setiap masa. Jika kemudiannya maklumat itu tidak diteliti dengan jelas, maka seolah-olah laporan tersebut adalah segar. Seperti juga laporan Malaysiakini, oleh kerana ianya diangkat semula, maka laporan tersebut seolah-olah laporan baru!

Laporan ini sepatutnya sudah tidak diguna pakai berikutan fakta yang dilaporkan terbukti bercanggah dengan laporan RCI (PATI) Sabah. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook