Latest News

Tuesday 20 September 2016

APA ITU SABAH DAY???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Celaka sungguh pbs ini... Oleh FB Page Sabah Sarawak keluar Malaysia (screenshot)

TIDAK pernah tertulis di mana-mana dokumen sejarah bahawa ada istilah "Sabah Day". Sabah Day hanya ciptaan mereka yang terdesak mahu mendapatkan sokongan rakyat yang buta sejarah dan buta hati. Mereka yang merayakan Sabah Day adalah mereka yang suatu ketika dulu merupakan pemimpin Sabah. Malah, menjadi pemimpin kerajaan termasuk Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri atau menteri. Akan tetapi selama mereka berkuasa, tidak pernah menyebutpun istilah Sabah Day. Kini, selepas mereka itu tidak ada kuasa lagi kerana ditolak oleh rakyat majoriti, maka mereka mahu kembali dengan tindakan yang lebih baharu termasuk tindakan penipuan sejarah.

Jika ada pemimpin kerajaan masa kini memberitahu rakyat bahawa tindakan para pemimpin yang ditolak rakyat itu sebenarnya adalah hanya satu penipuan. Memangpun wajar dilakukan kerana adalah tugas pemimpin memberitahu rakyat tentang fakta sebenar. Jika ada rakyat yang tidak percaya, maka terpulanglah kepada mereka kerana alam demokrasi membenarkan rakyat berfikiran lain-lain.  

Terserah kepada rakyat yang mempercayai tindakan para pemimpin yang sudah luput itu kerana itulah pilihan mereka. Tetapi, janganlah menyesal bahawa suatu hari nanti mereka tersedar yang mereka itu hanya menjadi alat untuk mencapai matlamat pemimpin itu kerana rakyat majoritilah yang menentukan kedudukan mereka.

Di Sabah dalam catatan sejarah yang berkaitan dengan sejarah negeri adalah Hari Pembentukan Malaysia iaitu 16 September 1963 walaupun tanggal keramat 31 Ogos disambut sebagai Hari Kebangsaan secara rasmi kerana dalam penentuan Hari Kebangsaan, maka perlu dipilih satu tarikh tertentu untuk menggambarkan hari kebangsaan itu. 

Di mana-mana di dunia setiap negara mempunyai Hari Kebangsaannya sendiri walaupun kalau dilihat di antara wilayah-wilayah dalam negara itu mempunyai tarikh-tarikh yang berbeza dalam mencapai kemerdekaan. Lihat sejarah Amerika Syarikat. Daripada 52 buah negeri, setiap negeri mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri tetapi memilih satu tarikh sebagai Hari Kebangsaan. 

Janganlah terperangkap dengan permainan istilah sehingga tarikhpun menjadi isu besar kerana terperangkap akan istilah itu yang hanya menjadikan kita kerdil, tidak berjiwa besar dan tiada semangat kebangsaan serta bernegara. Para pemimpin yang menjadikan tarikh sebagai isu sebenarnya terdiri daripada yang berjiwa kerdil dan tidak mempunyai jiwa bernegara untuk jangka masa yang panjang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook