Latest News

Friday 23 September 2016

Dakwaan KLIP VIDEO Penternak PATI Di Papar???

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Betulkah INI di Papar oleh FB Stephen Franksten (screenshot)

INI MAKLUMAT SAHIH YANG DITERIMA: INDIVIDU dalam klip video itu sebenarnya seorang kontraktor dan berasal daripada Kudat, Sabah. Oleh kerana sifat beliau sebagai kontraktor, pastinya ada juga pekerja beliau merupakan pekerja asing. Jika ini yang berlaku, apa hubungannya dengan parti UMNO? 

Pembangkang khususnya mereka yang bernama seperti pengguna facebook itu, suka sangat curiga kepada bumiputera yang mempunyai rupa seperti mana individu yang terdapat dalam video tersebut. Sebenarnya, nama individu itu adalah Encik Mundang dan aktivitinya sejak puluhan tahun lagi adalah kontraktor kecil-kecilan kelas F dan tidak terlibatpun sebagai penternak PATI.

Harap-harap individu tersebut dapat melihat video ini dengan komen yang disertakan oleh pengguna facebook tersebut agar beliau dapat mengambil tindakan undang-undang bagi merungkai dakwaan pengguna facebook itu.

Diharapkan Encik Mundang dapat mengambil tindakan undang-undang bagi memberi pelajaran kepada pengguna facebook seumpama itu untuk tidak membuat sebarang dakwaan liar yang tidak berasas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook