Latest News

Monday 26 September 2016

DOLAK-DALIK YONG TECK LEE!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PARTI MALAYA' GAGAL, KATA BEKAS KETUA MENTERI SABAH... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

DATUK Seri Yong Teck Lee tidak akan dapat menjadi Ketua Menteri Sabah jika bukan kerana melalui sokongan parti UMNO. Demikian juga semasa keluar daripada BN Sabah adalah atas sebab menyokong parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, DAP dan PAS) pada tahun 2008 selepas PRU-12. Selepas itu, berlakulah dolak-dalik dan seterusnya mengubah strategi menjadikan 'parti tempatan' sebagai hujah selepas itu. Semua rakyat tahu dengan strategi itu beliau kalah teruk semasa menjadi calon PRK Batu Sapi dan seterusnya semua calon SAPP kalah teruk semasa PRU-13 termasuk kehilangan semua wakil rakyat parti itu yang menang pada PRU-12 atas tiket BN Sabah.

Yong Teck Lee pernah menjadi pemimpin utama PBS pada tahun 1985-1990. Namun, selepas itu menubuhkan SAPP bergabung dengan parti UMNO, AKAR, LDP, PDS dan PBRS bagi membentuk BN Sabah. Oleh kerana parti UMNO disokong Bumiputera Islam dan bukan Islam selain sokongan kaum Tionghoa terhadap konsep BN, maka BN dapat memerintah Sabah. Oleh kerana BN memerintah Sabah, maka Yong Teck Lee berkesempatan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Bagaimana Yong Teck Lee mengatakan bahawa parti UMNO dan rakan-rakan menjadi perosak Sabah pula? Sedangkan, melalui kepimpinan UMNO maka Sabah maju dan suasana politik stabil sehinggakan BN Sabah senantiasa menang dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Majoriti rakyat Sabah melihat kehadiran parti UMNO bukan sahaja membawa pembangunan bahkan juga penyelamat kepada rakyat Sabah. Memanglah Yong Teck Lee mengatakan bahawa parti UMNO membawa kerosakan sebabnya parti beliau tidak ada peluang mendapat sokongan rakyat Sabah disebabkan kehadiran parti UMNO. 

Dalam sistem demokrasi, keputusan rakyat majoritilah yang patut diikuti dan dihormati dan bukannya kenyataan seorang pemimpin seperti Yong Teck Lee yakni bukan sahaja minoriti tetapi juga telah ditolak sepenuhnya oleh rakyat. Dalam sejarah politik Sabah, pemimpin yang telah jatuh tidak akan bangun lagi kerana rakyat telah menentukan, "apabila menolak seseorang pemimpin bersama partinya, maka selamanya pemimpin dan parti pemimpin itu akan terus ditolak". Melihat trend keinginan rakyat Sabah pada masa kini, parti yang dipimpin Yong Teck Lee dan beliau sendiri, tidak ada masa depan lagi dalam arena politik Sabah. Yong hanya dapat melalak melolong ke sana ke mari tetapi sudah tiada yang peduli.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook