Latest News

Friday 9 September 2016

Gabungan Mahathir x Anwar: Apa Yang Mahu Dibuktikan???


APA yang mahu dibuktikan melalui gabungan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bolehkah dua individu itu mempengaruhi harga minyak dunia untuk naik semula? Supaya sumbangan Petronas kepada kewangan negara yang berkisar pada angka 40 peratus, kini 11 peratus akan melonjak semula? 

Apa yang boleh dilakukan dua pemimpin itu berkaitan dengan harga barang? Boleh kembalikah ke era subsidi? Dan pada masa yang sama memansuhkan GST??? Sedangkan GST (6%) itu sendiri adalah lebih rendah berbanding SST (15%) yang diguna pakai negara sejak sekian lama.

Melalui pelaksanaan GST, sebanyak lebih 600 ribu syarikat perlu membayar cukai berbanding di bawah 60 ribu sebelum pelaksaaan sistem percukaian baru itu. Bayangkan sebelum pelaksanaan GST, lebih 500 ribu syarikat goyang kaki memperkaya diri sendiri tanpa membayar cukai. Sebenarnya, mereka inilah yang anti GST dan kemudiannya berpakat menaikkan harga barang semahunya supaya kerajaan tunduk.

Perlu dingat, kumpulan peniaga inilah yang menaikkan harga barang secara mendadak pada tahun 2006 apabila kerajaan mengurangkan subsidi minyak, kemudiannya, apabila harga minyak turun semula, harga barang tidak juga turun, malahan masih sama.  Bukankah peniaga yang sama walaupun cukai turun daripada 15% kepada 6%, harga barang tidak juga diturunkan sesuai dengan penurunan cukai? Akan tetapi, mempraktikkan cukai berganda, harga barang yang ditambah dengan 15% dan kemudian ditambah lagi dengan 6%. Tujuannya, supaya harga barang kelihatan naik kerana sistem percukaian baru. Sungguh bijak!

Dua pemimpin itu, tidak akan mampu berbuat apa-apa jika alasan mereka mahu menumbangkan kerajaan kerana kononnya rakyat negara ini sengsara kerana pelaksanaan GST. Apa yang disembunyikan oleh dua pemimpin itu kepada rakyat bahawa harga barang mula melonjak sejak tahun 2006, bukannya pada 1 April 2014 semasa GST mula dilaksanakan. Ini fakta!

Juga, apa yang disembunyikan oleh dua pemimpin itu, pendapatan negara daripada minyak bukannya kerana pemimpin negara, akan tetapi harga minyak yang turun di pasaran dunia sehingga sumbangan minyak kepada pendapatan negara merundum daripada 44% tahun sebelumnya yang kemudiannya berkurangan dan pada tahun 2016, diperkirakan hanya 11 peratus.

Apa yang disembunyikan dua pemimpin itu kepada rakyat bahawa pendapatan negara membuat rekod tertinggi pada tahun 2013 iaitu lebih RM560 bilion. Apa yang disembunyikan pada rakyat, pendapatan negara sebenarnya pada purata RM220 bilion setahun sejak tahun 1980.

Dua pemimpin itu menyembunyikan kepada rakyat bahawa pendapatan negara telah bertambah 17 kali ganda berbanding tahun 1986. Malah, pendapatan negara adalah tiga (3) kali ganda berbanding tahun 2003. Pendapatan negara sebenarnya terus meningkat bermula tahun 2009 sebaik sahaja Dato' Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Juga, disembunyikan pada pengetahuan rakyat bahawa nisbah hutang negara terhadap KDNK pernah mencecah di atas 100% semasa Tun Dr. Mahathir semasa Perdana Menteri dan negara tidakpun muflis! Pada angka nisbah hutang negara 103%, negara tidak muflis. Bagaimana pula boleh muflis pada angka 54% nisbah hutang dengan KDNK?

Pertumbuhan negara pada purata 5-4 peratus setahun sejak tahun 2009, sedangkan sebelum itu pertumbuhan adalah negatif, malah semasa Dato' Seri Najib Razak dilantik, beliau mewarisi pertumbuhan negara negatif 7.4% pada tahun 2009. Jika kerajaan Najib tidak ada keupayaan membangun ekonomi negara, mengapa pertumbuhan negara menjadi positif dan seterusnya pendapatan negara mebuat rekod pada tahun 2013?

Sebenarnya, ekonomi negara berada pada landasan yang betul. Oleh kerana berada pada landasan yang betul, walaupun ekonomi dunia yang tidak menentu, negara masih membentangkan bajet yang kondusif untuk membangun negara. 

Dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa negara akan muflis tetapi pada masa yang sama negara mampu melaksanakan projek berbilion ringgit, malahan pada minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan projek bernilai RM650 juta untuk membina Taman di Ibu Negara.

Sejak Dato' Seri Najib Razak dilantik, beliau melaksanakan projek-projek mega yang berimpak tinggi terhadap ekonomi negara dan rakyat seperti pembinaan Mass Rapid Transit (MRT), Keretapi Laju (ETS), Lebuhraya Pan Borneo serta Metropolitan “Greater Kuala Lumpur”. Tidak seperti yang dilakukan Tun Dr. Mahathir dan Anwar yang hanya bercorak 'glamour' dan pengiktirafan dunia seperti Litar Antarabangsa Sepang, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas yang menguntungkan kehidupan “lifestyle”, bukannya memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh. Ini hakikat yang perlu digarap betul-betul untuk difikirkan secara sedalam-dalamnya oleh rakyat.

Berhubungan dengan tekanan hidup yang didepani kumpulan B40, kerajaan telah melaksanakan BR1M. Melalui pelaksanaan BR1M, daya beli kumpulan sasar meningkat sehingga memberi pengaruh berganda kepada perniagaan runcit negara. Perniagaan peruncitan sebenar enjin kepada ekonomian negara kerana melaluinya, maka permintaan terhadap produk cepat digunakan dan semakin meningkat. 

Kekuatan ekonomi negara sebenarnya terletak pada perekonomian domestik. Atas sebab itu, berbagai tipu helah dilakukan oleh pihak-pihak yang mahu mensabotaj ekonomi negara agar rakyat jangan berbelanja sebaliknya menyimpan wang mereka. Sedangkan, mereka itu tidak menjelaskan impak negatif terhadap tindakan itu iaitu apabila ekonomi domestik lumpuh dengan sendirinya nilai wang negara akan turun. Seterusnya pada gilirannya, wang yang disimpan itu susut nilai dan kemudiannya merugikan penyimpan. Mereka itu tidak menerangkan kepada rakyat bahawa wang akan bertambah nilai jika ianya dibelanjakan, bukannya disimpan dalam bentuk kertas. Apa yang mereka lupa sebenarnya wang hanya bernilai apabila berpindah kepada pengguna.

Persoalannya, apa yang mahu dibuktikan oleh gabungan Mahathir x Anwar? Politik? Kestabilan politik dalam Barisan Nasional sangat kukuh. Semua parti komponen berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beberapa kali pembangkang cuba mempengaruhi kestablian politik tanah air, misalnya melalui ancaman mereka terhadap Bajet 2015 yang kononnya kalau berjaya adalah bentuk usul tidak percaya kepada Dato' Seri Najib Razak. 

Selain itu, tindakan mendesak Dato' Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan mempergunakan pemimpin BN antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir termasuk ketua-ketua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara serta Bank Negara ternyata semuanya gagal. 

Sebenarnya, kepimpinan Dato' Seri Najib Razak diterima rakyat dan penerimaan itu dibuktikan melalui PRN Sarawak dan PRK berkembar, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tindakan Tun Dr. Mahathir x Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung hanya menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka itu adalah 'political animals' serta pemimpin yang menghalalkan cara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook