Latest News

Monday 19 September 2016

Gaji Minimum (SWASTA) x Perbandingan Harga Barangan Sabah, Sarawak & Semenanjung

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Senang ja mau tau Sabah Sarawak ni kena jajah ataupun tidak... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(ii) Senang saja mau tau... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

TAHUKAH anda bahawa gaji minimum swasta walaupun diasaskan oleh kerajaan tetapi pelaksanaan gaji itu sebenarnya sangat bergantung kepada syarikat yang menawarkan jawatan dan gaji. Sebenarnya, semasa kerajaan ingin melaksanakan gaji minima bagi syarikat swasta pada asalnya tidak melihat kepada keupayaan syarikat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Namun, apabila-apabila syarikat-syarikat berkenaan melakukan rayuan terhadap keputusan itu, maka berlakulah perbezaan penetapan gaji minimum bagi Sabah, Sarawak dan Semenanjung. 

Selepas kerajaan membuat kajian, jika kerajaan memaksa juga untuk menyelaras atau menyamakan gaji minima seluruh negara, maka pencari kerja bagi Sabah dan Sarawak yang terkesan berikutan pada kadar gaji minima yang dikuatkuasa di Semenanjung itu akan banyak syarikat di Sabah atau Sarawak akan 'gulung tikar' atau tidak mampu mengambil pekerja. Jika berlaku demikian, maka tujuan penetapan gaji minima itu tidak membantu baik untuk majikan mahupun bakal pekerja. 

Atas sebab itu, diambil satu jalan tengah di mana bakal majikan dapat memberi kerja kepada bakal pekerja melalui dasar gaji minimum secara tiga peringkat.

Bagi mereka yang bukan merupakan majikan sudah tentu memberi komen atau dakwaan seperti mana dakwaan pengguna facebook tersebut. Tetapi, dakwaan-dakwaan tersebut bukanlah penyebab kerajaan bersetuju dengan gaji minimum tiga peringkat. Memang dasar gaji minima antara lain melihat kadar sara hidup, namun perkara utama adalah kemampuan sesebuah syarikat memberikan gaji minima kepada pekerjanya. Untuk makluman pengguna facebook tersebut melalui penguatkuasaan gaji minimum di Sabah dan Sarawak, telah  banyak syarikat-syarikat runcit menghentikan pengambilan pekerja berikutan tidak mampu untuk membayar gaji minima. 

Keupayaan syarikat membayar gaji bergantung kepada daya maju sesebuah syarikat. Seterusnya daya maju sesebuah syarikat sebenarnya bergantung kepada permintaan. Oleh kerana permintaan di Sabah rendah kerana memangpun penduduknya tidak ramai, maka pemberian gaji melampaui kemampuan sesebuah syarikat tidak dapat diteruskan.

Bagi perbezaan harga barang yang dikilangkan di Semenanjung kemudiannya dihantar ke Sabah sebenarnya perbezaan harga itu akibat jarak dan atau kos pengangkutan. Oleh kerana barangan pengguna di negara ini dikeluarkan oleh swasta, maka kerajaan tidak ada kuasa dalam menghalang penetapan harga kecuali untuk barangan kawalan. Dalam sistem ekonomi terbuka, memang di mana-mana di dunia akan berlaku demikian kerana atas faktor kos pengangkutan atau jarak antara kilang dengan pengguna. 

Untuk mengelak harga keluaran barangan oleh syarikat-syarikat, maka adalah digalakan agar ada pihak di Sabah menjadikan lebih banyak sektor perkilangan barangan yang serupa di Sabah. Oleh kerana melalui cara itu bukan sahaja dapat menurunkan kos pengangkutan, malahan juga dapat membuka peluang pekerjaan yang baru.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook