Latest News

Tuesday 13 September 2016

ISU "Repeated bids to register 6 kids as citizen FAIL"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang asal susah dapat mykad tapi pendatang tanpa izin senang dapt mykad... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

BANYAK sebab mengapa ada rakyat tidak dapat menjadi warganegara. Untuk kes seorang penduduk berketurunan Cina daripada Keningau yang mempunyai 6 orang anaknya gagal untuk mendapat kewarganegaraan walaupun kononnya dia telah mengurusnya sehingga ke Putrajaya. Sebenarnya, penduduk itu (Lo Kyun Chee) tidak memaklumkan masalah di sebalik kegagalan itu. 

Satu persoalan, mengapa selepas ada 6 anak baru mengurus kewarganegaraan atau baru mengurus MyKad? Sedangkan, MyKad diproses apabila anak telah mencapai umur 12 tahun. Anda jangan terperangkap dengan dakwaan ini sebabnya pasti ada MASALAH mengapa permohonan itu tidak dapat diproses. Jika penduduk itu merupakan warganegara, sudah tentu dia mempunyai data “family tree” dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika tiada bagaimana dia secara tiba-tiba ada anak 6 orang? Apakah perkahwinan dia semasa anaknya lahir tidak mempunyai surat lahir? Jika dia mempunyai dokumen itu, tiada sebab mengapa proses kewarganegaraan atau permohonan MyKad tidak diluluskan.

Sudah tentu penduduk itu mempunyai masalah sendiri termasuk statusnya. Hal ini kerana sebagai warganegara, tidak mungkin berdepan dengan keadaan seperti itu jika dokumen-dokumen anak-anaknya jelas. Tetapi, jika dokumen-dokumen itu tidak jelas, atas sebab itulah JPN menolaknya. 

Kemungkinan besar apa yang berlaku kepada penduduk itu bahawa dia tidak dapat mengemukakan dokumen sah berkaitan anak-anaknya. Sokongan ahli politik atau mana-mana pihak sebenarnya juga, tidak menjadi dokumen yang tidak sah kepada yang sah.

Menghebahkan melalui surat khabar dan termasuk dakwaan pihak-pihak anti kerajaan khususnya page tersebut, tidak akan boleh menjadikan dokumen tidak sah milik anak-anak Lo itu menjadi sah. Benar, bukan?

Dakwaan penduduk itu yang kononnya PATI mudah menjadi warganegara sebenarnya hanya dakwaan kerana kalau mudah mengapa anak-anaknya tidak pula mudah mendapat warganegara?! Sebabnya, sebelum ini tiada sesiapapun kenal penduduk itu atau tiada siapa yang tahu bahawa dia memohon kewarganegaraan atau MyKad untuk anak-anaknya. Jika dakwaan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara dengan mudah memberikan MyKad, maka sudah lama penduduk itu mendapat kad pengenalan diri serta tidak perlulah bersusah payah berjumpa ahli politik atau mengurusnya di Putrajaya. Fikir-fikirkan!

Melalui pengalaman yang didepani Lo Khyun Chee itu, ertinya dakwaan yang kononnya JPN dengan mudah memberikan MyKad, termasuk kepada PATI adalah dakwaan semata-mata dan tiada kebenarannya.

Apakah page itu dapat membuktikan mana-mana PATI diberikan kewarganegaraan atau MyKad? Kerana pada masa inilah buktikan dakwaaan itu dan berikan kepada Lo Khyun Chee sebagai bukti lampiran agar dia dapat memohon semula MyKad untuk anak-anaknya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook