Latest News

Wednesday 14 September 2016

JALAN TIDAK BERTUAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SABAH MAJU SUDAH BILANG MUSA AMAN BERSAMA UMNO... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

LAMAN sosial merupakan laman yang boleh menyimpan segala perkara, apakah perkara itu betul atau tidak. Demikian juga gambar-gambar laman sosial boleh juga menyimpan gambar hantu walaupun sebenarnya tiada bukti bahawa hantu itu ada.

Seperti gambar jalan yang dimuat naik itu, gambar tersebut sebenar jalan tidak bertuan. Jalan seumpama itu biasanya jalan peninggalan kontraktor pembalakan. Apa yang terlupa oleh pengguna media sosial itu apabila memuat naik gambar itu adalah semacam tiada yang menggunakannya, mungkin serangga atau binatang hutan di malam hari dan itupun tiada kesan tapak binatang. Sedangkan, kesan tapak manusia juga tidak kelihatan, apa lagi kesan tayar kereta. Sesebuah jalan yang bertuan apabila didapati kesan-kesan tayar kereta atau tapak kaki manusia. Jika tiada tanda-tanda itu, maka jalan itu termasuk jalan tidak bertuan.

Oleh kerana pengguna media sosial itu takjub sangat dengan perbuatannya mengecam kerajaan negeri Sabah termasuk pemimpinnya sehingga dia tidak mampu menggunakan fikiran logiknya dan kerap membuat dakwaan yang mentertawakan pihak yang melihat atau membacanya.

Tujuan AFS memberi respon dan reaksi terhadap dakwaan atau kenyataan pengguna media sosial itu agar dia tersentak daripada lamunannya bahawa ada pihak yang memperhatikan kebodohannya dan berharap apabila tersentak daripada lamunan itu, maka dia menyedari bahawa sebenarnya dia syiok sendiri.

Kerajaan membina jalan-jalan raya atau kemudahan awam jika sekiranya kemudahan itu memberi manfaat kepada rakyat selain kemudahan itu diperlukan rakyat. Hanya yang kerajaan yang kurang cerdik membina jalan adalah jalan tidak bertuan. Mungkin pihak-pihak tertentu sahaja yang mahu menyalahgunakan kuasa dan demi kepentingan peribadi menghabiskan wang kerajaan untuk membina atau menaik taraf jalan yang tidak bertuan.

Adalah pelik mengapa pengguna media sosial itu sahaja yang banyak rungutan? Sedangkan, Sabah ada 3 juta rakyatnya dan mengapa hanya dua hingga tiga orang sahaja yang merungut sedemikian?

Satu lagi pembohongan pengguna media sosial itu. Antara lainnya tidak menyebut di mana lokasi jalan itu apabila gambar itu dirakam, berapa jumlah penduduk yang menggunakan jalan itu, berapa kampung yang terlibat menggunakan jalan itu dan juga jalan itu menghubungkan antara pekan mana? Seterusnya, apakah produk kampung itu sehingga memerlukan jalan yang dinaik taraf? 

Besar kemungkinan juga, gambar jalan itu merupakan gambar sampah yang tersimpan dalam internet atau digali semula dan kemudiannya dimuat naik dengan cerita tokok tambah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook