Latest News

Friday 2 September 2016

JAWAPAN BALAS: Sabah For Sabahan Memang Bahaya - Tawfiq

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kebodohan dan kesialan umno lah yang sebenarnya... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

DATUK Tawfiq Abu Bakar Titingan memang wajar berkata bahawa slogan yang dibawa oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat Sabah melalui slogan "Sabah for Sabahan" memang bahaya.

Rakyat Sabah memang berpengalaman selama 9 tahun ketika mana menggunakan slogan itu sehingga menyebabkan negeri Sabah termasuk rakyatnya jatuh miskin.

Datuk Seri Shafie Apdal semasa dalam UMNO sangat anti terhadap slogan itu kerana Ahli Parlimen Semporna itu juga tahu benar bahawa "Sabah for Sabahan" adalah tindakan mundur ke belakang. Malah, Dr. Jeffery Kitingan sendiri semasa bersama BN pada tahun 1994 hingga tahun 1999 semasa menjadi ADUN Bingkor itu dilantik sebagai Senator dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan juga bersetuju bahawa tindakan "Sabah For Sabahan" adalah tindakan yang membantut kemajuan Sabah termasuk rakyatnya.

Jika "Sabah for Sabahan" terus kekal bermula sejak tahun 1963 sehingga kini, kemungkinan kemajuan yang ada sekarang di Sabah masih belum tercapai memandangkan Sabah mempunyai kekurangan dalam serba-serbi khususnya dalam bidang pendidikan.

Dalam bidang pendidikan, suatu masa dulu jumlah pendidik di Sabah 90 peratus adalah tenaga bukan rakyat Sabah. Kemudiannya beransur-ansur berkurang dan sasaran telah ditentukan dalam dua tahun lagi, di mana peratusan itu menjadi 90 peratus tenaga pengajar di Sabah adalah rakyat tempatan. Manakala di sektor pertahanan sehingga kini sebanyak 70 peratus anggota keselamatan yang bertugas di Sabah untuk menjaga keselamatan negeri adalah bukan rakyat tempatan Sabah. Di sektor perkhidmatan kesihatan khususnya kedoktoran, 80 peratus bukan rakyat tempatan Sabah. Dalam sektor perniagaan khususnya syarikat-syarikat pembekal atau pembuatan, lebih 60 peratus bukan milik rakyat Sabah. Bayangkanlah jika slogan "Sabah for Sabahan" berkuat kuasa, kemungkinan besar Sabah sudah ditakluk negara lain. Di samping itu, peratusan buta huruf di Sabah masih pada tahap 70 peratus dan mungkin aktiviti ekonominya juga tidak serancak seperti hari ini.

Bayangkanlah jika tiada sumbangan oleh bukan rakyat Sabah memajukan hartanah seperti Nexus Resort & Spa Karambunai, Sutera Harbour Resort atau kawasan-kawasan tertentu di Sabah, bolehkah kawasan-kawasan tersebut maju? Sumbangan asing khususnya dalam sektor ekonomi telah dapat membuka peluang-peluang pekerjaan bagi anak tempatan Sabah. 

Sedarkah anda bahawa Singapura maju kerana sumbangan tenaga luar? Rakyat Singapura hanya sebagai majikan manakala penggerak kepada sektor ekonomi negara itu adalah tenaga luar. Rakyat Singapura berjumlah 3 juta tetapi penduduk yang tinggal di Singapura melebihi 7 juta. Ertinya, lebih separuh adalah bukan rakyat negara itu! Demikian juga di negara Emeriah Arab Bersatu (UAE), 70 peratus penduduknya adalah bukan rakyat negara itu dan tujuannya adalah sama iaitu untuk memajukan negara lalu diperlukan ramai tenaga kerja dan bilangan penduduk (orang). Selain sebagai sumber tenaga juga adalah sebagai pelanggan atau pengguna.

Sabah memerlukan ramai orang untuk maju kerana hanya melalui ramai orang di sektor ekonomi barulah mampu untuk berkembang pesat. Jika slogan "Sabah for Sabahan" yang menjadi perjuangan pembangkang untuk diterapkan, maka Sabah mungkin akan kembali pada tahun 70-an.

Kepada Datuk Tawfiq Titingan, Datuk adalah benar dan tepat menyuarakan kebimbangan terhadap "Sabah for Sabahan" adalah suatu pendekatan yang bahaya. Datuk jangan khuatir akan makian dan terasa tergugat kerana majoriti rakyat menyokong Datuk! Mereka yang menggunakan laman sosial dengan nama-nama palsu tidak akan ke mana-mana kerana akhirnya tidak juga mendapat sokongan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook