Latest News

Saturday 10 September 2016

KELAJUAN INTERNET DI MALAYSIA: LIPUTAN MENJADI KEUTAMAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MENTERI INTERNET SIPUT... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii) SALLEH SAID KERUAK GAGAL TOLEH BELAKANG... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

KELAJUAN internet sangat bergantung kepada perkhidmatan syarikat telekomunikasi dan pakej yang dilanggan. Untuk keperluan melayari internet memadai dengan kelajuan 5.0 Megabit sesaat (Mbps) dan kebanyakan perkhidmatan internet di Malaysia menyediakan kelajuan internet demikian. Malaysia, sebenarnya menempati urutan ke-70 daripada 117 negara di dunia dan Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai kelajuan internet terpantas dengan 23 Mbps, dikuti Hong Kong 17 Mbps dan ketiga negara Jepun selaju 16.4 Mbps, manakala Singapura 12.7 Mbps.

Malaysia sebenarnya menyediakan pakej internet yang mencapai kelajuan 10 Mbps tetapi belum menyeluruh dan pakej yang dianggap masih mahal bagi pengguna internet.  

Kerajaan mempunyai sasaran dari segi liputan, yakni 95 peratus liputan seluruh negara menjelang tahun 2020. Apabila liputan sudah menyeluruh dan pengguna internet semakin ramai (mencapai tahap statistik penuh yang diperlukan), maka bagi meningkatkan kelajuan internet akan boleh dilakukan kerana kos seunit semakin murah berikutan sudah diimbangi oleh pengguna yang ramai.

Pada kelajuan 5 Mbps internet sekarang, sebenarnya telah mencukupi untuk memuat naik dan memuat turun gambar, data dan sebagainya dan jika dilihat daripada urusan e-urusan, ianya cukup memadai.

Kelajuan internet sebenarnya sangat bergantung kepada pemberi perkhidmatan kerana di negara ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi (pemberi kemudahan internet) adalah syarikat swasta seperti Celcom, Maxis, Digi, U Mobile dan sebagainya. Meskipun terdapatnya beberapa pemberi perkhidmatan internet, namun kelajuan masih pada tahap 5 Mbps walaupun kapasiti telah meningkat sehingga 5GB atau 7GB.

Kemungkinan besar apabila prasarana seperti KIDEX yang akan dibina di Rampayan Ulu, Kota Belud siap kelak, dikatakan kelajuan internet akan mencapai 62 Mbps dan jika ianya benar-benar wujud, maka Malaysia akan menjadi negara yang mempunyai kelajuan internet terpantas di dunia!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook