Latest News

Saturday 10 September 2016

KENYATAAN PALING DANGKAL DARIPADA JONES: TOLONG BAIKI SISTEM KOMUNIKASI DI SABAH

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MENTERI BERKENAAN, TOLONG BAIKI SISTEM KOMUNIKASI DI SABAH... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

GANGGUAN sistem komunikasi, bukan sahaja berlaku di Sabah atau Malaysia, malahan juga di seluruh dunia termasuklah di United Kingdom. Sistem komunikasi yang menggunakan satelit, sangat bergantung kepada keadaan cuaca dan apabila cuaca tidak mengizinkan, maka kadangkala “provider” atau penyedia sistem komunikasi akan terganggu. Dahulu, apabila sistem komunikasi menggunakan kabel, hanya apabila kabel terputus maka komunikasi akan terganggu. Tetapi melalui penggunaan satelit yang berpandukan kepada isyarat (signal), maka tidak ada sistem komunikasi di dunia ini tidak pernah mengalami gangguan komunikasi.

Doris Jones, terlalu bodoh mendakwa bahawa tiada sistem komunikasi yang menggunakan isyarat satelit tidak mengalami gangguan. Ertinya, pelarian itu hanya seperti "katak di bawah tempurung", bercakap tidak tahu apa yang dicakap.

Telefon adalah tidak ada kaitan dengan sistem komunikasi kerana telefon hanya sebagai alat yang boleh menerima isyarat daripada pembekal sistem komunikasi. Apapun jenis telefon mahupun telefon bimbit, asalkan boleh menerima isyarat daripada satelit, maka telefon itu boleh berfungsi dan diguna kecuali telefon itu rosak atau ketiadaan bateri.

Kepada Doris Jones, janganlah berlagak sombong dungu kerana tinggal di negara maju. Sedangkan, dari segi komunikasi, UK tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Daripada 117 negara, Malaysia berada pada kedudukan ke-70 dari segi penyediaan komunikasi kepada rakyatnya. Ini bermakna, banyak negara lain yang mempunyai sistem yang lebih teruk sekiranya Doris katakan Malaysia khususnya di Sabah mempunyai sistem komunikasi yang sangat teruk.

Tahukah Doris, bahawa signal berjalan lurus bukan bengkang-bengkok? Jika tidak tahu, belajarlah dan jangan senantiasa jadi orang yang dangkal!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook