Latest News

Thursday 1 September 2016

KENYATAAN PENAFIAN Biasalah Kalau Sudah Jadi Pembangkang

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KIMANIS O KIMANIS... Oleh FB Ismaily Bungsu SDl (screenshot)

BIASALAH, kalau sudah tiada kuasa, ada sahaja cerita-cerita penafian. Kalau diikutkan ceritanya 'cerita penafian', ikan matipun boleh hidup semula.

Kalau diikutkan cerita-cerita di laman sosial daripada penyokong atau pemimpin akar umbi UMNO daripada kawasan lain di Sabah yang pernah berurusan dengan Datuk Seri Shafie Apdal, rata-rata mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah dibantu atau mendapat layanan. Malah, permohoan mereka senantiasa ditolak dan kalaupun diterima, mesti melalui proksi yang dinamakan oleh menteri berkenaan. Tengok!

Pejabat daerah mana atau pemimpin mana yang bakal menolak, jika peruntukan disalurkan untuk pembangunan di sesuatu daerah? Tiada kebenaran berkaitan dakwaan itu! Sebagai contoh, Projek Bekalan Air Bersih, Kota Belud, kontraktor dilantik oleh pihak KKLW sendiri sehingga menjadi penyebab terbengkalainya bekalan air bersih ke Kota Belud walaupun wang peruntukan telah habis digunakan. Bagaimana?

Kalau bertanyakan kepada wakil rakyat Kota Belud, tidak ada sesiapapun mengenali siapa kontraktor pelaksana, malah mereka tidak pernah diberitahu kecuali taklimat yang diberikan jurutera air bersama kontraktor. 

Penulis itu sebenarnya, tidak tahu apa-apa kerana dia hanya menyertai Datuk Seri Shafie Apadal selepas mantan menteri itu dipecat daripada kabinet dan kemudiannya keluar daripada Umno.  

Masalah yang dihadapi kerajaan negeris Sabah khususnya peruntukan persekutuan yang disalurkan melalui KKLW, di mana peruntukan yang diberikan oleh Shafie kepada pihak-pihak tertentu tidak sesuai dengan keutamaan pembangunan negeri sehingga wang yang dibelanjakan tidak memenuhi sasaran. Sebaliknya, hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu, yakni yang mendapat kontrak tersebut. Oleh kerana projek yang diluluskan bukan keutamaan, maka jarang rakyat melihatnya atau mendapat manfaat dan kadangkala, projek yang dibina itu menjadi 'gajah putih', tanpa manfaat kepada rakyat. 

Seharusnya, projek kerajaan memberi manfaat kepada ramai rakyat, bukannya dua tiga orang kontraktor sahaja. Mungkin atas sebab itulah mereka yang menjadi macai Shafie, begitu mewah sekali paling rendahpun memandu kereta Toyota Vellfire. Manakala yang banyak mendapat peluang pasti memandu kereta mewah seperti Audi, BMW malah Porsche. Oleh kerana memberi projek bukan keutamaan, maka suatu ketika dahulu, mantan menteri itu jatuh ke laut ketika melalui titi atau jambatan di perkampungan atas air kerana sepatutnya titian itu dibina dengan baik tetapi tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya.

Datuk Seri Shafie Apdal walaupun sekian lama menjadi menteri persekutuan, tidak dapat menunjukkan mana satu projek yang bermanfaat kepada rakyat sehingga beliau dikenang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook