Latest News

Wednesday 7 September 2016

Kerjasama Tun Dr. Mahathir x Datuk Seri Anwar Ibrahim HANYA MENGHALALKAN CARA!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bodek Maut Salleh Said Bakal Memusnahkan UMNO... Oleh Word Press Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)

LAPAN belas tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terus-menerus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin kerana bermoral rendah. Tahun 1998, Tun Dr. Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan kerajaan dan parti atas alasan moral rendah. Menurut Tun Dr. Mahathir, Anwar tidak layak sama sekali memimpin negara kerana moral jijik dan terlibat hubungan sejenis yang mana perlakuan itu adalah pelakuan yang dikutuk oleh agama.

Pada tarikh 5 September 2016 di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, mantan Perdana Menteri terlama itu menelan semua ludahnya, malah kahak beliau dan sanggup menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim menggenggam tangan seseorang yang pernah dikutuknya selama 18 tahun.

Apa yang lupa ditulis blogger penyokong Datuk Seri Shafie Apdal tersebut bahawa selepas pertemuan Mahathir dan Anwar, mantan Perdana Menteri itu membuat kenyataan kehadiran beliau di mahkamah bukannya kerana sudah memaafkan Anwar atau meminta maaf. Akan tetapi, kehadiran beliau hanya semata-mata menyokong tindakan de facto leader PKR terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa 1 Ogos yang lalu. Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan injunksi terhadap akta MKN dengan mempergunakan mahkamah bagi menghalang pelaksanaan akta tersebut.

Apa yang jelas usaha atau tindakan Anwar itu, hanya menyalahgunakan proses mahkamah kerana mahkamah tiada kuasa menyanggah kuasa Dewan Rakyat. Namun, apa yang jelas tindakan Anwar itu adalah sebagai cara untuk menghirup udara segar di luar tembok tebal di Penjara Sungai Buloh.

Pendekatan Tun Dr. Mahathir bukan dikategori sebagai tuntutan agama kerana tuntutan agama bukan bersifat menunjuk-nunjuk. Kalau tujuan keagamaan, maka Tun Dr. Mahathir boleh sahaja ke Penjara Sungai Buloh secara senyap-senyap jika memang bertujuan untuk berbaik-baik secara Islam.

Kepada penulis blog tersebut, jangan babitkan agama dalam soal politik. Apatah lagi cara Tun Dr. Mahathir berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukannya bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan politik dan perjumpaan itu menggambarkan bagaimana kedua-dua pemimpin mahu menyuburkan semula politik melalui 'menghalalkan cara'.

Oleh kerana pendekatan Mahathir itu merupakan pendekatan politik, maka Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak juga memberi komen politik. Apa yang dikatakan oleh menteri itu memang benar kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad terkenal perubatan beliau yang berlainan dengan tindakan beliau.

Tindakan Tun Dr. Mahathir itu sebenarnya satu tindakan menyuburkan kembali kes yang menyebabkan Anwar dipecat pada tahun 1998. Melalui pertemuan itu, maka cerita tahun 1998 diangkat semula iaitu kes liwat I mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebenarnya, Tun Dr. Mahathir tidak senang hati apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis surat kepada para pemimpin PKR agar berhati-hati dengan tindakan mantan Perdana Menteri mendekati para pemimpin PKR. Hal ini kerana mantan Perdana Menteri itu mempunyai kepakaran mempergunakan orang lain untuk mencapai matlamatnya. Mengingat kepada surat Anwar itu, maka Tun Dr. Mahathir bersusah payah berjumpa Anwar di mahkamah dengan tujuan agar media atau wartawan atau penganalisis politik menaikkan semula tindakan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Apa yang gagal dilihat oleh penulis blog itu melalui tulisannya yang tidak berpangkal dan tidak berpenghujung bahawa tindakan Tun Dr. Mahathir itu mendorong lebih ramai rakyat menolak pembangkang kerana pembangkang yang diterajui oleh pemimpinnya adalah pemimpin yang menghalalkan cara demi mencapai kepentingan peribadi!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook