Latest News

Tuesday 13 September 2016

KES PENCULIKAN DI PULAU POM-POM, SEMPORNA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Insiden Culik Terbaru Di Pom Pom, Semporna.. Oleh WordPress Neo Kihampau Tohoh (screenshot)
(ii) ESSCOM DAN MENTERI KDN GAGAL LAGI JAMIN KESELAMATAN PERAIRAN SABAH.. Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iii) Esscom dan Musa Aman... Oleh FB NurLiyana Abdullah (screenshot)
(iv) Syor Minta Menteri Pertahanan Malaysia Meletakkan Jawatan –Penculikan... Oleh WordPress Neo Kihampau Tohoh (screenshot)
(v) Asscom siap siaga selepas filipina komited hapus abu sayaf... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

SUDAH dijelaskan berkali-kali bahawa aktiviti penculikan di Sabah merupakan satu perniagaan yang sukar dibanteras dan susah dihapuskan. Sebabnya, kerja-kerja penculikan adalah kerja mereka untuk mendapatkan wang, manakala kumpulan Abu Sayyaf merupakan pembeli kepada aktiviti itu. Abu Sayyaf menjadikan manusia sebagai produk dagangan mereka.

Seperti yang berlaku di perairan Pulau Pom-Pom, Semporna, walaupun Abu Sayyaf digempur tentera Filipina, tetapi tetap juga berlaku penculikan. Hal ini disebabkan penculik bukan merupakan anggota Abu Sayyaf, mereka itu hanya merupakan lanun laut yang senantiasa menunggu peluang! Lanun laut ini senantiasa memasang mata dan telinga di kawasan mana yang longgar dan terdapatnya mangsa, maka bertindak dengan cepat sekali.

Lanun laut di perairan Filipina tidak mudah dihapuskan kerana itulah kerja mereka sejak sekian lama kecualilah para lanun itu berjaya dibunuh kesemuanya sehingga ke generasi baru mereka. Kini, tentera Filipina sedang mengenal pasti kesemua lanun-lanun laut dan negara itu sedang berusaha membunuh semua lanun itu seperti menghapus pengedar-pengedar dadah.

Lanun laut tidak takut dengan operasi ketenteraan kerana mereka itu boleh dikatakan sudah “sign mati” dengan aktiviti mereka. Aktiviti mereka seperti mengedar dadah walaupun berdepan risiko mati tetapi tetap sahaja ada pelakunya. Ini tidak lain sebabnya lebih memikirkan pulangan yang diperolehi daripada aktiviti itu adalah cukup lumayan. Seperti juga pengedaran dadah, setiap masa ada sahaja dadah yang berjaya ditangkap di berbagai lokasi termasuk di lapangan terbang. 

Apakah setiap tangkapan dadah maka Ketua Polis Negara perlu meletak jawatan? Demikian juga jika berlaku penculikan di kawasan ESSZone Sabah, perlukah Datuk Seri Musa Aman meletak jawatannya atau Menteri Pertahanan yang letak jawatan?! Sedangkan, mereka itu hanya membuat polisi dan polisi yang dibuat sudah tentu berasaskan nasihat daripada pakar-pakar ketenteraan. 

Kerajaan melalui ESSZone memang membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mengawal kawasan itu. Tetapi malangnya, penculik seperti peribahasa, "kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal". Penculik adalah lanun laut yang menjadikan penculikan sebagai bahan dagangan. Lambat-laun, lanun laut akan terhapus jua jika semuanya berjaya dibunuh.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook