Latest News

Friday 2 September 2016

LAPORAN DOJ Amerika Syarikat Bermotif Jahat!


BAGI mereka yang rasional, apabila membaca laporan DOJ Amerika Syarikat berkaitan 1MDB di mana dalam laporan tersebut menyebut seseorang dengan nama samaran MO1 (Malaysian Offical One). Akan tetapi, tiada sepatah perkataanpun menyebutkan bahawa MO1 adalah sebahagian daripada siasatan. Satu pertanyaan besar, mengapa DOJ Amerika Syarikat berselindung dengan istilah 'MO1'? 

Menelusuri laporan DOJ Amerika Syarikat itu, sangat jelas bahawa tujuan sebenar laporan itu adalah untuk mewujudkan persepsi dan tanda tanya supaya rakyat negara ini berteka-teki. 

Dato' Rahman Dahlan yang diwawancara oleh BBC, turut ditanya siapakah MO1? Menurut menteri itu, jika dirujuk kepada sistem pemerintahan Malaysia, MO1 adalah Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia sekarang adalah Dato' Seri Najib Razak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mempersoalkan, jika yang dimaksudkan DOJ Amerika Syarikat itu adalah Dato' Seri Najib Razak, mengapa tidak langsung menamakan beliau? Sedangkan, melalui laporan itu beberapa individu dinamakan kecuali MO1!!! Apakah motif yang sebenarnya?!!...

Satu persoalan lagi, isu yang dilapor DOJ Amerika Syarikat itu adalah kes jenayah tetapi mengapa dirujuk sebagai kes sivil? Memang dari segi laporanpun terlihat ada motif di sebaliknya.  

Memang bagi mereka yang membangkang kerajaan akan memutar belitkan laporan itu semaksima mungkin, seolah-olah ada unsur jenayah membabitkan Perdana Menteri. Sedangkan, laporan DOJ Amerika Syarikat itu hanya bersifat sivil.

Peliknya, melalui laporan DOJ Amerika Syarikat itu, dikatakan ada wang 1MDB yang lesap, sedangkan berulang kali syarikat milik Kementerian Kewangan itu menyatakan tidak ada wang syarikat yang lesap! Ertinya, laporan DOJ itu hanya bersifat innuendo, vagued dan uncall for.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook