Latest News

Thursday 8 September 2016

Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Phase 1 only... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

LEBUHRAYA Pan Borneo sebenarnya bukan cerita baru kerana lebuh raya tersebut mula disebut sejak tahun 1963. Tujuan membina lebuh raya tersebut sememangnya bertujuan agar semua lokasi atau destinasi antara Sabah dan Sarawak boleh dihubungi melalui darat.

Pada PRU-13, memang para pemimpin BN telah menyebut berkaitan pembinaan lebuh raya tersebut. Namun, pengumuman secara muktamad hanya dibuat pada Oktober 2014 semasa pembentangan Bajet Negara 2015. Melalui Bajet 2015, telah diperuntukan pada awalnya sejumlah RM27 bilion bagi membina sepanjang 1,673 kilometer lebuh raya (936 km di Sarawak dan 727 km di Sabah). Namun, berlakulah beberapa pertambahan dan pengubahsuaian, maka di Sabah sahaja telah menjadi 1,236 km dengan kos RM12.86 bilion dan akan siap sepenuhnya pada tahun 2021.

Jika ada pihak yang mendakwa bahawa bahawa Pan Borneo siap pada tahun 2013, itu adalah dakwaan karut! Sebabnya, bagaimana menyiapkan sesebuah lebuh raya pada tahun itu, sedangkan bajet hanya tersedia pada tahun 2015?

Memang kalau dilihat dari segi permulaan pembinaan, memang ada pihak-pihak yang menjalankan pembersihan atau memulakan kerja seawal tahun 2013. Namun, kerja itu bersifat kerja awalan daripada kontraktor yang mendapat kontrak jalan sebelum pengumuman pembinaan lebuh raya berkenaan dan kemudiannya jalan tersebut dimasukkan sebagai pakej Pan Borneo. Oleh kerana jalan tersebut dimasukkan dalam pakej Pan Borneo, maka semua perancangan dan kejuruteraan diambil alih oleh syarikat pelaksana lebuh raya tersebut dan kontraktor yang pada mulanya diberikan kontrak membina sebahagian jalan tersebut perlu akur dengan jadual dan kejuruteraan yang ditentukan oleh Projek Pan Borneo. Jika ada sebahagian jalan tersebut yang diberikan kepada kontraktor tertentu dan dijadualkan menyiapkan kerja lebih awal tetapi tidak dapat menyiapkan kerja sesuai dengan jadual atas sebab perubahan bentuk jalan raya.

Jalan yang dimaksudkan oleh pengguna facebook tersebut adalah jalan Donggongon ke Papar yang memang diketahui telah bermula lebih awal. Seperti mana dinyatakan di atas, jalan itu kini sebahagian daripada Pan Borneo. Maka, jadual penyiapannya adalah tahun 2021 walaupun khusus untuk jalan itu akan siap lebih awal. Lebuhraya Pan Borneo sebenarnya bukan cerita baru kerana lebuh raya tersebut mula disebut sejak tahun 1963. Tujuan membina lebuh raya tersebut bertujuan agar semua lokasi atau destinasi antara Sabah dan Sarawak boleh dihubungi melalui darat dengan sempurna.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook