Latest News

Tuesday 13 September 2016

MANA INDIVIDU DI SABAH HASIL PROJEK IC???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO BARISAN NASIONAL yang dibantu oleh parti pengkhianat PBS PBRS UPKO... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PAGE itu dicabar untuk mengemukakan seorang sahaja di Sabah ini yang mendapat kad pengenalan melalui projek IC! Jangan hanya pandai membuat dakwaan kerana dakwaan anda itu tanpa bukti hanya provokasi semata-mata.

Mendakwa ahli UMNO sebagai penduduk projek IC merupakan dakwaan orang bodoh dan dakwaan  yang sia-sia kerana dakwaan seumpama itu merupakan dakwaan membabi buta, dakwaan daripada orang yang tidak tahu kedudukan rakyat Sabah dan dakwaan itu hanya seperti orang yang tinggal di gua.

Tahukah anda bahawa rakyat Sabah terdiri daripada berbilang kaum, yakni 36 etnik suku kaum sejak dahulu kala lagi sejak terwujudnya tanah Borneo. Jangan fikir bahawa Sabah hanya diduduki mereka yang dari gua seperti teman-teman pemilik page tersebut. Melalui dakwaan page itu, rupa-rupanya selama ini dia hanya tahu perkara di sekeliling guanya yang dia tinggal. Kemudian, setelah dunia terbuka dia terkejut rupanya terlalu ramai penduduk di Sabah ini dengan berbagai bangsa. Tak gitu? 

Oleh kerana pemilik page itu tidak dapat menerima hakikat bahawa Sabah diduduki berbagai etnik, maka dia sehingga kini mendakwa kononnya ahli UMNO adalah projek IC. Sedangkan, parti UMNO itu merupakan parti yang disertai oleh gabungan berbagai parti di Sabah khususnya parti USNO, Parti Berjaya malah daripada parti PBS sendiri. Pemilik page itu tidak tahu bahawa parti UMNO merupakan parti gabungan berbagai etnik di Sabah, malah ada ahlinya daripada Sino Kadazan.

Oleh kerana parti UMNO merupakan parti yang disertai oleh berbagai etnik di Sabah, maka selagi kumpulan etnik itu bersatu dalam UMNO dan selagi itulah parti itu akan terus bertapak di Sabah. Mereka yang menyertai parti UMNO benar-benar merasakan bahawa penyertaan mereka dalam parti itu sangat berbaloi. Atas sebab itu, jarang ahli biasa keluar daripada parti itu menyertai mana-mana parti kerana mereka sebenarnya terbela dalam parti itu.

Manakala pemimpin yang keluar atau dipecat daripada parti UMNO adalah para individu yang tamak haloba dan mereka itu sebenarnya tidak diperlukan dalam parti.

Kepada page itu, tiadalah gunanya anda membuat berbagai dakwaan kerana majoriti rakyat tidak akan percaya dengan tipu daya anda. Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook