Latest News

Thursday 15 September 2016

MASALAH AIR DI KUALA PENYU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masalah Air Macam Di Negara Miskin Yang Baru Merdeka.. Oleh WordPress Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)

BEKALAN air bukan bergantung sama ada atas nama negara baru atau negara lama. Bekalan air bergantung kepada sumber air yang disediakan oleh Tuhan. Kalau sesuatu daerah atau kawasan tidak mempunyai sumber air yang mencukupi, maka perlu mendapatkan bekalan air daripada kawasan atau daerah lain yang mempunyai lebihan bekalan air.

Bekalan air boleh dikumpul melalui pembinaan empangan dan seterusnya bekalan air tersebut disalurkan melalui loji pemprosesan air. 

Di Sabah. banyak kawasan daerah yang kurang mendapatkan sumber air. Antaranya, daerah Semporna, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Kuala Penyu. Walaupun Kuala Penyu berhampiran dengan Sungai Padas akan tetapi tidak terdapatnya empangan yang boleh menampung air bagi sejumlah keperluan di daerah tersebut. Atas sebab itu, kerajaan membina Empangan Ulu Padas dan apabila empangan itu siap, masalah air di kawasan sekitarnya khususnya Kuala Penyu akan dapat diatasi. Ini demikian juga di daerah Kota Marudu, Kudat dan Kota Belud masalah air juga merupakan masalah yang didepani penduduk. Kerajaan yang ada memang sangat proaktif dengan keadaan itu. 

'Bekalan air tidak mungkin dapat diselesaikan jika tidak melalui pembinaan empangan. Tiada teknologi yang boleh menggantikan cara itu kerana air perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum diproses'.

Kuala Penyu memang ada loji penapisan air tetapi sewaktu musim kering, jumlah air yang diproses masih tidak mencukupi. Atas sebab itu, bekalan air yang sampai ke rumah-rumah penduduk tidak mencukupi. Kadangkala, hanya bunyi angin sahaja yang keluar apabila membuka kepala paip.

Melalui keluahan rakyat ini, maka diharapkan dapat membuka mata para pemimpin tertentu yang mahu menghalang pembinaan Empangan Ulu Padas supaya dihentikan. Sedangkan, ramai rakyat majoriti yang sedang meronta-ronta saban hari kerana ketiadaan bekalan air.

Yakinlah, kerajaan telah dan sedang sedaya upaya untuk mengatasi permasalahan rakyat. Namun, ada sahaja kekekangan yang bukan sahaja daripada ahli-ahli politik, malahan juga kekekangan kewangan.

Diharapkan, melalui masalah penduduk Kuala Penyu yang sememangnya diketahui oleh kerajaan akan dapatlah pembinaan Empangan Ulu Padas segera disiapkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook