Latest News

Monday 19 September 2016

Masalah Bekalan Air Sabah PUNCA? BAGAIMANA??

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB MAX kawasan ko Kota Marudo dan Pitas bila mau selesai paip air terawat... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(ii) PELIK MENTERI2 SABAH YG DUDUK DI KL NI... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

MASALAH bekalan air Sabah memang berlaku sejak sekian lama bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai sumber air yang mapan. Jika diamati betul-betul, pesisir pantai Sabah daripada Kudat terus ke Semporna sejak sekian lama berdepan dengan masalah bekalan air bersih. Sebab utama masalah itu adalah tidak terdapatnya loji penapisan bekalan air di kawasan-kawasan tersebut. Namun sejak akhir-akhir ini, kerajaan telah membina loji-loji penapis air tetapi kekangan sumber air masih terus berlaku kerana ketiadaan sungai yang dapat memberikan bekalan air terutama pada musim kemarau.

Kementerian Persekutuan dalam membina loji penapis air perlu melihat keperluan seluruh negara, bukannya satu-satu negeri sahaja. Setiap negeri telah diperuntukkan wang tertentu bagi membina loji penapisan air termasuklah Sabah. Namun, pembinaan loji memerlukan masa dan kajian dan sebab itukah sehingga kini masih juga terdapat kawasan-kawasan daerah yang mengalami kekurangan bekalan air bersih.

Semalam, akhbar tempatan Daily Express Sabah telah memuat laporan bahawa kawasan tadahan air bagi Empangan Babagon diwartakan oleh kerajaan Sabah. Sebabnya, kini empangan itu berdepan dengan kekurangan bekalan air khususnya semasa musim kemarau akibat aktiviti penduduk di kawasan empangan itu dengan menumbangkan pokok-pokok dengan sesuka hati. Bayangkan, empangan Babagon yang dianggarkan boleh membekalkan air bagi penduduk Pantai Barat khususnya Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran, kini juga telah berdepan dengan bekalan air. Ini sudah tentunya kawasan yang tidak ada empangan air akan lebih teruk berdepan dengan masalah bekalan air. 

Sebab itu, kerajaan akan membina beberapa empangan termasuk Ulu Padas, Kaiduan, Tambatuon. Bagi Empangan Ulu Padas kini sedang dalam pembinaan manakala Kaiduan dan Tambatuon masih belum lagi bermula.

Penguna atau penduduk Sabah patut bersetuju dan menyokong penuh kerajaan negeri dan Persekutuan yang mahu untuk membina empangan-empangan loji air kerana empangan itu merupakan satu keperluan yang mustahak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook