TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Sabah telah berjaya mencipta rekod dunia sebagai Pusat Pendatang Asing Tanpa Izin... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)
(ii) Si Musa ada kuasa tegah pembangkang memasuki Sabah... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(iii) Bakal-bakal pengundi bn-umno dari indonesia berduyun-duyun datang ke Sabah melalui Tawau... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
BUKAN sahaja Sabah berdepan dengan rentas sempadan tetapi juga negeri Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan malahan Pulau Pinang. Rentas sempadan dilakukan oleh penduduk di persempadanan dan mereka ini biasanya melakukan aktiviti itu adalah semata-mata untuk mencari pendapatan.
Video yang disebarkan yang dirakam oleh laporan salah sebuah media Indonesia yang juga pelaku rentas sempadan, sebenarnya manifestasi keadaan sebenar yang telah lama berlaku. Bagi mereka yang melakukan rentas sempadan setiap hari telah berdepan dengan keadaan ini sejak sekian lama. Mungkin sudah keterlaluan, maka ada pelaku sendiri merakamkan keadaan sebenar supaya pihak berkuasa perlu bertindak selain menguatkuasa undang-undang rentas sempadan. Selain itu juga, pendedahan turut dapat menghapuskan tindakan tidak bermoral pihak-pihak tertentu yang menggunakan keadaan itu sebagai mendapatkan wang mudah.
Penduduk rentas sempadan ini datang ke kawasan Sabah khususnya bandar seperti Tawau semata-mata untuk tujuaan berniaga atau mencari pekerjaan dan mereka ini tergolong PATI. Apabila ada operasi, maka mereka akan ditangkap dan selanjutnya dihantar pulang.
Jika ada dakwaan mereka ini menjadi warganegara adalah dakwaan mengarut jika mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana tidak akan memproses sebarang permohonan kerana tiada dokumen sah yang disertakan. Sebenarnya, mereka inilah bakal pelanggan sindiket pemalsuan kad pengenalan. Ertinya, mereka ini merupakan mangsa-mangsa yang hanya kerana mereka ke negara ini untuk mencari makan.
Di Sabah, diperkirakan tidak kurang 700 ribu warga asing menjadikan penduduk Sabah melebihi 3 juta. Sedangkan, rakyat Sabah sebenarnya hanyalah kurang lebih 2.5 juta. Sebab itu, mereka yang mendaftar sebagai pengundi hanya berjumlah 995,700 pengundi kerana lazimnya penduduk/pengundi yang berumur di atas 21 tahun adalah untuk satu-satu kumpulan penduduk sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa penduduk Sabah sebahagiannya adalah warga asing itu tidak dapat disangkal lagi. Namun, jika dakwaan mereka itu mendaftar sebagai pengundi tidak dapat dibuktikan kerana sehingga kini tidak ada seorangpun daripada mereka yang mendakwa bahawa rakyat asing mendaftar sebagai pengundi dapat membuktikan dakwaan-dakwaan mereka itu. Pihak berkuatkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara telah berulang kali meminta sesiapa rakyat negeri ini membuat laporan jika benar mereka mempunyai maklumat berkaitan individu rakyat asing yang menjadi warganegara yang tidak melalui proses undang-undang. Namun hingga setakat ini, tiada sebarang laporan atau bukti-bukti yang diberikan kecuali bukti-bukti kad pengenalan palsu yang sememangnya tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Jika kad pengenalan tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran negara (JPN), maka ini adalah suatu yang mustahil akan hal tersebut mendaftar sebagai 'pengundi' berikutan daftar undi SPR adalah secara online dengan JPN.
Kepada pengguna laman facebook tersebut, jangan bercakap di facebook sahaja tetapi bertindaklah jika anda ada bukti. Jika tiada, maka anda termasuk dalam golongan yang hanya berkata besar dan liar tetapi auta!
Kepada pengguna laman facebook tersebut, jangan bercakap di facebook sahaja tetapi bertindaklah jika anda ada bukti. Jika tiada, maka anda termasuk dalam golongan yang hanya berkata besar dan liar tetapi auta!
0 comments:
Post a Comment