Latest News

Thursday 22 September 2016

MEMPERSOALKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) Adalah Agenda Pembangkang!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sairin karno pernah berkata bahawa GST tidak membebankan rakyat... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) 14th November 2013. Parlumen enda mahu Bahas MA63. Patut lah Musa Aman ikut2 gaya Malaya ini... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(iii) Musa Aman mesti mengkaji MA63 di DUN... Oleh FB Page Penindasan Terhadapa org tempatan SABAH (screenshot)

BAGI kerajaan yang mempunyai maklumat pencapaian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah tentu tidak berminat bercakap berkaitan MA63. Sebab itulah, Dewan Rakyat menolak usul daripada MP Penampang semasa membentangkan usul untuk membahas MA63.

MA63, selain mengandungi berbagai butiran kehendak rakyat Sabah semasa Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 juga dilampirkan 20 Perkara di mana lampiran itu kini sebahagiannya dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Walaupun sebahagian besar 20 Perkara itu dimasukkan dalam perlembagaan, namun dokumen itu tetap dijadikan sebagai lampiran Perlembagaan Persekutuan.

Kalau diteliti daripada 20 Perkara tersebut, 16 perkara masih berkuatkuasa sehingga kini kecuali bab berkaitan agama, pendidikan, cukai dan keselamatan. Soalannya, apa yang perlu dibincangkan? Berkaitan agama rakyat Sabah sendiri yang menukarnya, pendidikan kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan, keselamatan kerana memang tanggungjawab sesebuah negara menjaga keselamatan wilayahnya dan hanya bab cukai sahaja yang boleh dibincangkan kerana ianya menyangkut kepada pendapatan negeri. 

Kerajaan sudah tentu mempunyai statistik berkaitan dengan pendapatan cukai Sabah. Sebab itu, kerajaan Persekutuan memberikan kewangan kepada Sabah mungkin berasaskan kepada cukai yang diperolehi daripada Sabah. Keterangan berkaitan cukai inilah yang agak kabur kerana hanya Jabatan Perangkaan Malaysia sahaja yang mengetahui kebenarannya. 

Sejak 53 tahun lalu, tidak ada seorangpun pemimpin Sabah baik kerajaan mahupun pembangkang pernah menyenaraikan butiran mana-mana dalam MA63 yang dilanggar dan tidak dipenuhi, malah terlebih perhatian. Mereka hanya bercakap tanpa disokong oleh data statistik yang tepat.

Mereka yang bercakap berkaitan MA63 merupakan agenda pembangkang. Ini kerana biasanya mereka yang tiada maklumat mudah sahaja membuat dakwaan atau kenyataan secara liar. Mereka ini perlu bertanya pada diri sendiri, sekian ramai dan banyaknya pemimpin kerajaan mengapa tidak bercakap berkenaan MA63? Sebabnya, mereka yang tidak bercakap itu mempunyai maklumat sebenar berkaitan MA63. Apabila maklumat diketahui termasuklah Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat dan timbalannya yang juga pemimpin Sabah, sudah tentu sebelum menerima usul membincangkan MA63 bertanya kepada yang membawa usul butiran mana yang perlu dibincang. Oleh kerana MP Penampang tidak dapat mengemukakan butiran mana yang perlu dibincang atau dibahas, maka Speaker Dewan Rakyat memutuskan bahawa tiada yang perlu dibincang yang mana membawa pengertian akan usul membincangkan MA63 di Dewan Rakyat adalah tidak ada merit untuk dijadikan agenda. 

Tuntasnya, siapa anda mempersoalkan Dewan Rakyat yang mempunyai 133 Ahli Parlimen (MP) penyokong kerajaan. Kalau juga mahu mempersoalkan Dewan Rakyat, bertandinglah dalam pilihan raya dan jangan seperti anjing menyalak di bukit!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook