Latest News

Tuesday 13 September 2016

MENGAPA UMNO Tenom Ingin Membatalkan Empangan Ulu Padas?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO Tenom mahu Empangan Ulu Padas batal kerana... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

TUJUAN pembinaan empangan selain untuk bekalan air bersih juga sebagai sumber tenaga. Kerajaan apabila memutuskan pembinaan empangan bukanlah bermatlamat jangka pendek akan tetapi untuk jangka masa yang panjang.

Demi keperluan sumber air dan tenaga, kerajaan perlu menyediakan kemudahan seumpama itu sebelum permintaan dalam keadaan krisis atau mendesak. Hal ini kerana jika keadaan berada dalam keadaan itu, maka selain memerlukan kos yang tinggi juga menyebabkan masalah lain yang berantai. Contohnya, seperti keadaan sumber air dan tenaga di Sabah pada masa kini. Oleh kerana penyediaan sumber air dan tenaga tidak dilakukan dalam 10 tahun yang lalu, maka rakyat negeri ini kerap berdepan dengan blackout dan kekurangan air bersih di beberapa kawasan Sabah khususnya pada musim kering.

Di perkirakan pada tahun 2025, Sabah khususnya kawasan Pantai Barat akan berdepan dengan krisis sumber air bersih dan tenaga elektrik. Atas sebab itu, kerajaan membina kemudahan sebagai persediaan berdepan dengan krisis tersebut termasuklah pembinaan empangan Kaiduan, Papar.

Permintaan Pemuda UMNO Tenom agar empangan dibatalkan hanya berasaskan tindakan setempat dan tidak memikirkan keperluan rakyat secara menyeluruh. Tindakan mereka itu hanya tindakan menyelamatkan diri sendiri tetapi membiarkan rakyat majoriti menderita.

Kenyataan Pemuda UMNO Tenom itu hanya berasaskan anggapan mereka kerana tidak disokong oleh Laporan Kesan Alam Sekitar. Kenyataan itu hanya bermatlamat kenyataan politik dan bukan kenyataan membela rakyat secara keseluruhan. Jika kenyataan seumpama itu diambil kira oleh kerajaan, maka terlalu sukarlah bagi kerajaan membina kemudahan awam untuk rakyat oleh kerana setiap pembangunan ada sahaja rakyat yang perlu berkorban. 

Kenyataan Pemuda UMNO Tenom itu satu kenyataan anti pembangunan dan anti keperluan rakyat majoriti. Meskpun parti UMNO merupakan parti tunjang kerajaan, bukan bermakna akan mengorbankan kepentingan umum. Tuntasnya, kerajaan perlu meneruskan Empangan Ulu Padas demi rakyat majoriti Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook