Latest News

Wednesday 28 September 2016

MUSA AMAN KETUA PROJEK IC SABAH??? Di Manakah Kebenarannya?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa aman.. Ketua projek i.c sabah..BN MENANG... UMNO MENANG... Oleh FB Page Pembangkaran Penipuan BN Umno (screenshot)

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) Sabah yang ditubuhkan dan hasil siasatan telah diumumkan kepada orang ramai, tidak menemukan sebarang kebenaran berkaitan pendedahan yang kononnya daripada seorang mantan tahanan ISA, Haji Jabar Khan Napi. Laporan itu hanya hearsay dan tiada bukti nyata yang boleh didokumentasikan oleh RCI tersebut.

Malang sungguh bagi mereka yang percaya dengan laporan hearsay tersebut kerana bukti di lapangan tidak menyokong laporan tersebut.

Meskipun banyaknya cerita berkaitan PATI kononnya diberikan kad pengenalan untuk menjadi warganegara, namun bukti dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengawal semua kad pengenalan di negara ini hanya menunjukkan bahawa sejak tahun 1963, hanya 90,000 rakyat asing diberikan kewarganegaraan. Daripada jumlah itu, hanya berbaki tidak sampaipun 60,000 yang masih hidup.

Perkara mudah untuk mengetahui apakah benar adanya rakyat asing menjadi warganegara perlu dilihat pada daftar dalam sistem JPN dan juga jumlah pengundi berdaftar. Pengundi berdaftar Sabah sehingga Ogos 2016 hanya 995,700 orang. Sedangkan, menurut statistik penduduk Sabah seramai 3.2 juta penduduk Sabah. Kalau berasaskan umur penduduk yang berumur 21 tahun ke atas, maka jumlahnya adalah 1,280,000 orang. Ertinya, sejumlah itulah yang layak mendaftar sebagai pengundi. Namun, jumlah pengundi Sabah hanya 995,700 dan ini bermakna penduduk sebenar Sabah adalah 2.5 juta manakala selebihnya adalah rakyat asing yang tinggal di negeri ini. Rakyat asing yang tinggal itu bukan berstatus warganegara atau mereka yang mempunyai kad pengenalan.

Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen kalau dipuratakan, maka setiap Parlimen mempunyai pengundi 39,828 orang atau 16,595 pengundi untuk 60 DUN atau 13,640 pengundi untuk 73 DUN. Jumlah itu sebenarnya menggambarkan pertumbuhan penduduk Sabah secara alami jika dilihat bermula dari tahun 1963.

Dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya PATI telah mendaftar menjadi pengundi sehingga kini tidak dapat dibuktikan. Malah, tidak ada sesiapa yang pernah melaporkan akan "siapa-siapakah" mereka itu. Malahan, dalam daftar pengundipun yang dipamerkan kepada umum, tiada sesiapapun yang dapat “pinpoint” yang mana satukah rakyat asing yang mendaftar sebagai pengundi.

Atas sebab dakwaan adanya PATI diberikan kad pengenalan tidak dapat dibuktikan, maka Jawatankuasa Pasca RCI (PATI) Sabah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin Kitingan mengambil masa yang lama untuk meneliti semua maklumat kerana jika tersalah buat kesimpulan, jawatankuasa itu akan berdepan saman daripada pihak individu yang bakal didakwa sebagai warga asing yang mendapat warganegara dengan jalan pintas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook