Latest News

Tuesday 20 September 2016

NASIHAT MAXIMUS Untuk Generasi Muda, DORIS JONES Pula Penghasut!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Yang CAKAP BESAR tu boleh cerita apa sudah jadi sama tu RCI ka... Oleh FB Hilarion Sabitang (screenshot)

DORIS Jones tidak bercakap benar pada sebarang dakwaannya kerana hanya mendakwa di Sabah sahaja ada jalan gravel dan pelbagai lagi dakwaan liar seperti guna air graviti atau guna perahu menyeberang sungai. Sedangkan lumrahnya, keadaan seperti itu juga berlaku di mana-mana di dunia. Baru-baru ini, seorang rakan yang mengembara di kawasan utara dunia termasuk Russia, lalu dia memuat naik gambar di akaun facebooknya bahawa dia berkata adalah cukup bertuah tinggal di Sabah kerana rupa-rupanya negara yang telah lama merdeka itu dikatakan super power lagi. Namun, keadaan perkampungan atau kawasan adalah jauh lebuh teruk berbanding apa yang ada di Sabah.  

Dalam laman facebook beliau, rakan itu bernama Soraya Sibul mengatakan bahawa keadaan perkampungan di sebelah utara dunia itu bukan sahaja jalan-jalan rayanya masih gravel, tetapi air juga menggunakan graviti. Sistem perhubungannya adalah amat teruk sekali, malah kenderaan yang tersedia adalah terdiri daripada kereta-kereta antik atau kereta lama.

Doris Jones walaupun tinggal di UK, namun tidak jujur bercakap kerana tidak membandingkan antara jalan perhubungan kampung dengan jalan perhubungan kampung yang lain. Sebaliknya, membandingkan jalan bandar dengan jalan perkampungan. Itu tindakan yang paling dangkal sekali. Demikian juga infrastruktur yang lain! Pelarian itu memandingkan antara kampung dengan bandar yakni hal tersebut adalah sama seperti membandingkan buah epal dengan nenas. 

Doris senantiasa bercakap bohong untuk menghasut hanya kerana dia dibayar untuk bercakap bohong agar rakyat Sabah dan Sarawak terpedaya!

Rakyat Sabah yang percaya kepada Doris Jones adalah mereka yang terdiri daripada golongan "katak di bawah tempurung", yakni hanya tahu di sekelilingnya dan tidak tahu perkembangan dunia. Doris Jones tidak bercakap bagaimana perkembangan Sabah selama 53 tahun berbanding negara lain merdeka yang lebih lama daripada itu. Namun, pembangunan Sabah jauh lebih pesat berbanding negara-negara berkenaan. Paling dekat adalah negara jiran Filipina yang merdeka pada tahun 1949. Namun, kemajuan Sabah terlalu jauh berbanding kemajuan Filipina apatah lagi kalau bercakap di Wilayah Selatan negara jiran tersebut.

Kalaulah Doris bercakap benar dan membaca sejarah bagaimana daifnya Sabah semasa dijajah oleh majikan barunya, sudah tentu rakyat akan marah! Kerana sememangnya semasa Sabah dijajah, semua harta negeri dibawa penjajah ke negara asal mereka. Ibarat memakan daging, semua isi daging dimakan dan hanya meninggalkan tulang belulang.

Bagi mereka yang percaya Doris Jones berbanding Datuk Seri Maximus Ongkili yang memberi nasihat baik kepada generasi muda kita, mereka sebenarnya adalah yang buta mata, hati dan peta negara kerana tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang tidak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook