Latest News

Wednesday 28 September 2016

Parti UMNO Membangunkan SABAH & RAKYATNYA!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Soalan untuk ahli2 UMNO Sabah, patut kah kamu setia kepada parti atau kamu patut setia kepada Negara Sabah... Oleh FB Thomas leung (screenshot)

SEBAIK sahaja Sabah mencapai merdeka, parti yang memerintah negeri sehingga awal tahun 1994 adalah parti tempatan. Selama 31 tahun, Sabah diperintah oleh parti tempatan dan parti UMNO yang memerintah bermula tahun 1994 sehingga kini yakni selama 22 tahun. Maka, sila cuba kuantitatifkan dari segi pencapaian pembangunan negeri dan rakyatnya. Kalau anda mampu memberi angka tepat, maka pencapaian parti UMNO adalah 8 manakala gabungan parti tempatan hanya 4. 

Manusia, dalam kehidupan memerlukan semua aspek kehidupan seperti pekerjaan, peluang ekonomi, pendidikan, memerlukan penjagaan kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai itu, maka manusia/rakyat perlukan pemerintah yang arif untuk bagaimana memajukan rakyatnya. Sebab itu, ada kata-kata bijak menyatakan, "jangan tanyakan apa yang negara anda berikan pada anda, tetapi apa sumbangan anda terhadap negara?" 

Negara hanya merupakan nama. Tanpa manusia yang diterjemahkan melalui pemerintahan, maka negara tidak akan ke mana-mana. Parti UMNO bukan sahaja memajukan Sabah akan tetapi juga negara. Mengapa parti UMNO yang membangun negara dan rakyat? Sebabnya, parti UMNO adalah tunjang kerajaan! 

"Dalam sistem demokrasi, parti yang disokong rakyat maka parti itulah yang memerintah".

Kenyataan YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman agar penyokong UMNO merapatkan saf dan terus menyokong parti kerana Musa memikirkan bagaimana meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui kemajuan negeri. Kerana cintakan negeri dan rakyatnya serta generasi akan datang, maka beliau mahukan segenap lapisan penyokong dan ahli UMNO setia berganding bahu agar parti ini terus menang dalam pilihan raya supaya kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dapat meneruskan bakti kepada negeri dan rakyat. 

Hanya mereka yang tidak cintakan negeri dan rakyatnya tidak menyokong UMNO. Ini kerana mereka itu tidak mahu negeri yang maju, tidak mahu rakyat maju dan sebaliknya mahu rakyat menjadi miskin dan susah supaya mudah bagi mereka memesongkan pemikiran rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook