Latest News

Thursday 29 September 2016

Penculikan Di Kawasan ESSZone

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman Baik Letak Jawatanlah – Culik dan Rompak Terbaru... Oleh WordPress Jalin Luin (screenshot)
(ii) #politikbolos #sabahubah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

AKTIVITI penculikan di kawasan ESSZone semacam satu permainan oleh pihak-pihak tertentu bermatlamat kewangan. Sebabnya, mereka yang diculik biasanya mereka tidak memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan kerana tidak memaklumkan keberadaan mereka di laut. Tambahan lagi, masa penculikan juga adalah masa penguatkuasaan perintah berkurung. Selain itu, mangsa tidak melengkapkan kapal mereka dengan peralatan yang diperlukan seperti Automatic Identification System dan Communication Equipment. Tindakan mereka itu seolah-olah mengumpan diri mereka kepada satu sindiket penculikan kerana tindakan penculikan di kawasan Pantai Timur Sabah sebenarnya satu bisnes yang sangat menguntungkan

Melihat mudahnya berlaku aktiviti penculikan di kawasan ESSZone membuktikan bahawa ada pihak-pihak tertentu menjadi dalang dalam aktiviti itu dan dalang itu mempuyai akses terhadap gerak kerja ESSCom. 

Oleh kerana dalang itu mempunyai akses terhadap gerak kerja ESSCom, maka hal ini mempermudahkan penculik bergerak masuk termasuk pengetahuan berkaitan sasaran. Dengan keluasan laut yang luas adalah tidak masuk akal dengan mudah penculik tahu lokasi dan posisi mangsa dan di pihak lain pada kawasan pasukan ESSCom tidak berada. Kata peribahasa, "mengawal 1000 ekor kerbau lebih mudah berbanding mengawal seorang manusia". Inilah yang berlaku di kawasan ESSZone kerana terdapatnya dalang atau pembocor maklumat dalam ESSCom itu sendiri untuk tujuan kewangan.

Secanggih manapun aset milik angkatan laut atau penguasakuasa penjagaan sempadan, jika adanya dalang pembocor maklumat maka tidak ada pemimpin yang mampu membendung aktiviti penculikan termasuklah Ketua Menteri Sabah, Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri. Tindakan penyelesaian terhadap penculikan di kawasan ESSZone perlu dilakukan pembersihan mutlak di pihak ESSCom melalui pelantikan 'panglima' daripada rakyat tempatan. Manakala seluruh angkatan dianggotai oleh mereka yang hanya berbahasa tunggal tidak memahami bahasa tempatan dan seterusnya setiap satu bulan berlaku pertukaran anggota. 

Sebagai kawalan tambahan, setiap alat komunikasi anggota dipantau oleh pihak ESSCom 100%. Mengawal ESSZone perlu bermula daripada dalam diri ESSCOM sendiri. Jika tidak, aktiviti penculikan tidak akan dapat diselesaikan secanggih manapun aset yang digunakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook