Latest News

Tuesday 6 September 2016

Pendekatan Dato' Seri Anifah Aman TERHADAP HAK-HAK SABAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) fellow Sabahans, the only reason why I do it now is because I have access to PM and he is willing to listen... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

DATO' Seri Anifah Aman bersama-sama dengan beberapa individu di Sabah menggunakan pendekatan antara pemimpin dengan pemimpin yang tidak berlandaskan kepada kepartian atau anutan politik. Anifah menggunakan pendekatan itu kerana mendapat maklum balas yang positif daripada Perdana Menteri berkaitan isu-isu yang diperjuangkan di Sabah. 

Pendekatan antara pemimpin dengan pemimpin memungkinkan keadaan perbincangan yang boleh menjurus kepada keadaan menang-menang, berbeza apabila pendekatan yang bersifat “memaksa” misalnya, melalui keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Keputusan Dewan Undangan Negeri merupakan keputusan yang tercatat atau didokumentasikan. Ertinya, jika terdapat perubahan dalam keputusan perbincangan, ianya tidak mudah dilaksanakan dengan serta-merta. Sebaliknya perlu kembali ke DUN untuk dibincang atau diputuskan semula. Manakala melalui pendekatan Anifah melalui pemimpin antara pemimpin, jika sesuatu diputuskan ianya sudah melalui keputusan dan jika kemudiannya dibawa ke meja rundingan bulat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, ianya boleh disepakati kerana telah dirunding sebaik mungkin.

Sebenarnya, pendekatan Anifah itu adalah pendekatan insan dan bukannya pendekatan politik. Seperti yang dikatakan Menteri Luar Negeri itu, pendekatan kemanusiaan atau insan tidak sama dengan pendekatan politik kerana pendekatan itu boleh berada di atas kepentingan politik.

Anifah melihat sesiapapun rakyat Sabah tanpa melihat latar belakang, suku bangsa atau agama perlulah mendapat jaminan masa depan sebagai rakyat Sabah. Melalui pendekatan itu, sudah tentu menjangkaui keperluan politik kerana keperluan politik biasanya hanya akan condong kepada keperluan parti-parti politik sahaja.

Anifah telah mengambil iktibar pengalaman masa lalu apabila mengubah perlembagaan Sabah yang diluluskan di DUN Sabah khususnya berkaitan agama dan bahasa. Kini, keputusan itu dipertikai oleh pelbagai pihak kerana keputusan itu dikatakan sebagai keputusan sepihak atau bersifat mendesak dan hanya melibatkan Sabah sahaja. Berlainan dengan pendekatan Anifah kini adalah yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri sendiri.

Cara Zainnal Ajamain adalah cara konfrontasi, bukan cara situasi menang-menang akan tetapi rugi-rugi. Cara Zainnal ini sebenarnya telahpun dilakukan oleh Dr. Jeffrey Kitingan satu masa lalu dan hasilnya sifar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook