Latest News

Saturday 10 September 2016

Penempatan haram & ISU SAMPAH SARAP

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penempatan haram dan rumah setinggan.. Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KALAU pemilik akaun facebook itu pernah ke Country Height, Bukit Padang, pemandangan serupa menjadi hiasan mata. Sedangkan, kawasan itu hampir 100 peratus penduduk tempatan. Oleh itu, jangan hanya menyalahkan bulat-bulat kepada warga asing kerana sesetengah penduduk tempatan juga kurang kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar. 

Sampah sarap di kawasan Teluk Likas sebenarnya berpunca daripada kawasan perumahan sekitar atau kawasan Luyang di mana sampah sarap itu berakhir di tepi pantai. Keadaan serupa juga berlaku di Sembulan, sedangkan kawasan itu kini masih diduduki penduduk tempatan dan PATI (setinggan).

Sebenarnya, sampah sarap khususnya botol-botol air berpunca daripada penduduk tempatan dan juga PATI khususnya pemandu kenderaan yang suka membuang merata tempat semasa memandu. Bayangkan kalau sehari 100 pemandu membuang botol air kosong daripada kenderaan, di mana botol air itu berakhir di longkang kemudiannya apabila banjir datang, maka akan terkumpul dari satu tempat dan berakhir di tepi pantai yakni di Teluk Likas.

Sampah sarap ini bukan sepenuhnya disebabkan oleh pendatang asing (PATI) akan tetapi juga sebahagian besar oleh penduduk tempatan sendiri seperti mana berlaku di Country Height, Bukit Padang. Demikian juga di kawasan Donggongon, saban hari kita ternampak botol-botol plastik sangat bersepah-sepah. Kalau bukan Majlis Daerah Penampang tidak rajin mengutip sarap tersebut, pasti keadaannya serupa dengan keadaan di Teluk Likas.

Kalau pemilik facebook itu gemar bersiar-siar, cuba lihat di pekan-pekan yang jarang penduduk asing seperti Kota Marudu, Papar dan pekan-pekan lain pasti dapat menyaksikan botol-botol air bersepah-sepah di merata tempat. Benar, bukan? Persoalannya, perlukah menyalahkan kesemuanya kepada PATI berbanding rakyat tempatan yang tidak ada kesedaran kebersihan? AFS, sebenarnya bukan bermaksud untuk mempertahankan PATI. Ya! Memang benar, PATI juga salah satu penyumbang kepada sampah sarap sekitar. Tetapi, jumlah rakyat tempatan yang membuang sampah merata tempat adalah jauh lebih ramai. Fikir-fikirkan!

Pendek kata, sampah sarap sebenarnya disumbangkan oleh kedua-dua pihak, penduduk tempatan dan juga PATI. Selagi kesedaran kebersihan tidak diamalkan oleh semua rakyat, masalah sampah sarap tidak akan dapat diatasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook