Latest News

Monday 5 September 2016

Perpaduan Rakyat Malaysia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kurup said the level of unity and patriotism among the people of the country was still good... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

HANYA mereka yang memang tidak suka melihat perpaduan antara rakyat negara ini mendakwa bahawa tidak terdapatnya perpaduan dan keharmonian! 

Semua rakyat negara ini melihat semasa perayaan keagamaan Hari Raya, Natal, Deepavali, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Pesta Gawai dan perayaan-perayaan lain dirayakan oleh semua rakyat tanpa melihat latar belakang agama dan bangsa.

Terlihat bagaimana di stesen-stesen bas, hotel, panggung wayang dan restoran-restoran malahan semasa kempen pilihanraya, rakyat berbilang kaum saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Sebenanya Malaysia merupakan negara contoh di dunia di mana bangsa yang berbilang kaum boleh duduk bersama-sama. Disatukan kerana seagama, disatukan kerana satu suku kaum, di satukan kerana satu kampung, di satukan kerana satu negeri dan disatukan merayakan perayaan yang sama juga disatukan kerana budaya yang sama.

Selain itu, acara sukan juga dapat menyaksikan bagaimana rakyat negara ini tidak melihat bangsa mana yang bertanding. Akan tetapi, melihat ahli sukan itu sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanding.  

Rakyat negara ini apabila dikaitkan dengan bernegara, bukan melihat pada nama atau warna kulit tetapi melihat pada bendera yang sama.

Sejak merdeka, negara ini tidak mengalami rusuhan kerana berasaskan kaum. Rusuhan 13 Mei 1969 bukan kerana kaum tetapi fahaman politik yang melampau. Atas sebab itu, bagi menjamin tidak berlakunya fahaman politik yang melampau maka parti yang memerintah menubuhkan Barisan Nasional yang dianggotai oleh semua kaum di negara ini. Jika berlaku persengketaan antara kaum, yang jelas bukan dilakukan oleh parti yang menerintah sebaliknya parti pembangkang seperti DAP yang membawa perjuangan perkauman yang sangat menebal! The Voice Of Borneo perlu membuka mata dengan seluas-luasnya dan perlu menimbang dengan seadil-adilnya serta perlu berfikiran rasional bahawa parti yang memerintah negara iaitu BN yang tidak mengenal apa itu perkauman kerana BN merupakan gabungan berbagai kaum daripada yang terbanyak sehinggalah yang sedikit.

Jika ada dakwaan tiadanya perpaduan dalam negara, dakwaan itu sebenarnya hanya cerita politik sempit dan tidak berasaskan kepada fakta yang benar!

Berkaitan dakwaan rasuah. Setiap rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk melaporkan sesiapa sahaja pemimpin yang rasuah. Setiap rakyat negara ini boleh sahaja mendedahkan siapa pemimpin yang dianggap rasuah jika memang mempunyai fakta dan bukti yang pasti. Dakwaan berkaitan rasuah hanya merupakan persepsi kerana pemimpin yang benar-benar mengamalkan rasuah tidak akan terlepas daripada undang-undang. Dakwaan berkaitan rasuah hanya ikut sedap mulut sahaja dan hanya merupakan kenyataan umum tanpa merujuk kepada sesiapa. Sebagai contoh, satu kenyataan si fulan dan si fulan telah naik ke bulan, sedangkan secara faktanya sejak tahun 1969 hanya seorang sahaja manusia pernah ke bulan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook