Latest News

Tuesday 13 September 2016

PROVOKASI PEMBANGKANG DIBONGKAR!!! Itu Tandanya Pembangkang Termasuk Doris Tiada Sokongan...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) dulu time sy kanak2 sy teruja dgn.perjuangan PBS... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(ii) Menteri pembangkang tidak tanya, biar saya tanya… Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MENGAPA pembangkang dan Doris Jones hanya mahu melakukan provokasi terhadap parti-parti KDM yang berada dalam Barisan Nasional? Sebabnya, mereka tiada kemampuan melawan BN dan juga tidak mendapat sokongan daripada rakyat majoriti.

Mereka mahu agar parti-parti KDM keluar daripada BN untuk jadi pembangkang supaya penyokong dan ahli parti-parti itu menjadi pembangkang dan apabila sudah menjadi pembangkang, maka kerajaan BN tidak akan membela mereka.

Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia berasaskan kepada sokongan majoriti rakyat dan bukannya berasaskan kepada sokongan kumpulan kaum atau agama. Rakyat majoriti akan menyokong parti-parti yang memberikan pembangunan, parti-parti yang membela majoriti dan sudah tentunya mereka yang tergolong pembangkang tidak mendapat secara langsung tetapi tidak langsung. Sebabnya, jalan raya, sekolah, klinik, pusat-pusat komuniti dan pusat-pusat pentadbiran yang dibina akan juga memberi perkhidmatan kepada penyokong pembangkang kerana mereka juga merupakan rakyat atau penduduk. 

Tahun 2002, parti PBS masuk semula ke dalam komponen BN supaya para pemimpin parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan kerana hanya kerajaan sahaja yang boleh memberi peruntukan kepada rakyat. Jika parti itu berada di luar BN, maka meskipun ada wakil-wakil rakyat daripada parti itu mereka hanya mendapat elaun sahaja sebagai wakil rakyat. Tetapi, tiada kapasiti membantu rakyat kerana sebagai wakil rakyat yang mewakili pembangkang, mereka itu tiada peruntukan untuk diberikan kepada rakyat.

Pembangkang atau Doris Jones mahu para wakil rakyat PBS seperti mereka hanya boleh bercakap, melolong dan memuat naik berbagai dakwaan melalui laman sosial seperti facebook. Akan tetapi, tidak dapat berbuat apa-apa kerana sebagai pembangkang tiada peruntukan yang diberikan kepada mereka.

Para pemimpin PBS tidak mahu jadi bodoh! Maka, atas sebab itu, akan menyertai BN supaya menjadi sebahagian daripada kerajaan. Sebagai pemimpin kerajaan, maka mempunyai banyak peluang seperti peruntukan, mempunyai kuasa untuk memajukan kawasan yang menyokong mereka dan juga memajukan ahli atau penyokong yang menyokong mereka. Manakala mereka yang membangkang khususnya yang menjadi tali barut asing seperti Doris Jones, dibiarkan sahaja melolong atau membuat dakwaan sampai akhir hayat. 

Kerajaan BN, para pemimpin PBS tahu siapa mereka yang hanya tahu melolong di laman sosial bahawa mereka itu tidak ada sumbangan langsung kepada rakyat. Manakala Doris pula terpaksa meneruskan dakwahnya di laman sosial ekoran dia dibayar untuk melakukannya. Sementara pembangkang yang menyertainya pula, disebabkan tidak ada kerja maka membangkang adalah kerja utama mereka. Pembangkang sejak zaman azali lagi memang demikian rupa dan jika tidak membangkang maka kerajaan tidak menjadi lebih alert. Pembangkang sebenarnya membuatkan kerajaan melihat pencapaian mereka. Kehadiran pembangkang ada baiknya juga jika perkara-perkara yang diungkit itu memang untuk keperluan rakyat. 

Bagi pembangkang yang menjadikan parti UMNO sebagai sasaran untuk melolong dan melalak pasti tiada gunanya. Bertandinglah melawan parti itu dalam pilihan raya. Sebenarnya, tiada parti yang boleh menang jika tidak mendapat sokongan rakyat. Parti UMNO tidak akan menang jika mendapat sokongan rakyat. Oleh kerana parti UMNO mendapat sokongan rakyat, maka akan menang dalam pilihan raya. Oleh itu sebagai saranan, pembangkang termasuk Doris bolehlah bertanding lawan parti UMNO pada pilihan raya akan datang. 

Jangan cakap banyak!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook