Latest News

Friday 23 September 2016

Punca Harga Getah Tidak Tinggi

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lembaga Industri Getah Sabah... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

MEMANG diakui bahawa getah banyak gunanya, namun yang pasti getah lebih digunakan dalam industri pembuatan tayar. Tayar selain menggunakan getah juga mengunakan residue petroleum sebagai bahan campuran. 

Harga getah sebenarnya sangat berkait rapat dengan harga petroleum yakni apabila harga petroleum naik, maka harga getah turut naik. Hal ini kerana industri tayar akan beralih kepada getah. Manakala jika harga petroleum turun, maka harga getah pula akan turun berikutan permintaan terhadap komoditi itu menurun.

Susu getah, selain mengandungi lateks juga kandungan lain. Dalam 1 kg getah bersamaan mengandungi 40% lateks. kemudiannya, selepas lateks diproses dijadikan Standard Malaysian Rubber (SMR) atau Ribbed Smoked Sheet Rubber (RSS), maka kandungan daripada 40% itu akan bertambah sebanyak 60% termasuk dalam SMR atau RSS. Perlu diketahui bahawa kos menukar susu getah kepada SMR atau RSS memerlukan kos antara RM60 hingga RM70 (se)kg termasuk penyimpanan, pengangkutan dan kos pemasaran. Ini bermakna setiap 1 kg susu getah, boleh mencecah kos di antara RM80 hingga RM100, Atas sebab itu, harga pasaran SMR berlegar-legar di antara RM90 - RM100/kg atau RM9000 - RM10000/100 kg. Sebenarnya, pada harga tersebut pembeli getah hanya mempunyai keuntungan yang sangat kecil, malahan kadangkala mengalami keuntungan negatif. Namun, secara keseluruhannya pembeli getah boleh mendapat untung melalui pertukaran mata wang atau melalui pembelian pukal.

Perlu diketahui bahawa proses menjadikan getah kepada kualiti antarabangsa memerlukan proses yang panjang dan setiap rantai perniagaan mempunyai kosnya tersendiri. Manakala kos pengeluaran getah sangat mininum kerana getah tidak memerlukan pembajaan intensif. 

Sebagai contoh, setiap ekar boleh menanam sebanyak 200 pokok dan setiap pokok mengeluarkan 2 kg susu getah setiap bulan. Ertinya, sebulan jika ada 1 ekar tanaman getah yang sudah mengeluarkan hasil, maka pendapatan adalah sebanyak RM2,000 dan demikianlah seterusnya jika 3 ekar maka akan meningkat sebanyak RM6000. 

Setakat ini, masih tidak ada kaedah bagaimana menaikkan harga getah daripada pekebun kerana industri getah perlu menggunakan teknologi untuk menukar susu getah kepada bahan industri. Oleh kerana kekangan itu, maka industri tayar sanggup menggunakan residue petroleum untuk pembuatan tayar.

Bagi mereka yang mempertikai harga susu getah sebenarnya, mereka tidak mengetahui akan kos proses susu getah itu sehinggalah ianya menjadi bahan industri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook