Latest News

Thursday 8 September 2016

RUMAH AMAN??? ITU GAMBAR SEBELUM MERDEKA...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rumah Kebajikan Aman di Kg.Bingkul...Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

PAGE facebook Remove Musa Remove Umno SABAH merupakan page yang syiok sendiri kerana page itu tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti rakyat negeri ini melalui cara page itu memuat naik berbagai dakwaan.

Sebagai contoh, gambar yang dipercayai gambar sebelum Sabah merdeka tidak akan mampu mempengaruhi rakyat kerana sudah termaktub dalam undang-undang atau perlembagaan negara atau negeri bahawa sesiapa sahaja penduduk yang didapati tinggal di Sabah sebelum merdeka, maka mereka itu menjadi rakyat secara automatik kecuali mereka yang enggan berbuat demikian.

Di Sabah (North Borneo), sebelum merdeka selain penduduk pribumi, ramai juga penduduk daripada negara lain di sekitar rantau ini menjadi rakyat Sabah selepas merdeka. Page itu, sebenarnya tidak ada merit mempersoalkan undang-undang atau perlembagaan negara dan negeri kerana mereka juga menjadi warganegara atau rakyat negara atau negeri kerana proses undang-undang atau perlembagaan. Jika undang-undang atau perlembagaan semasa kemerdekaan digubal dengan persyaratan tertentu, sebagai misalnya, nenek moyang mereka tidak dapat menunjukkan surat lahir/beranak atau dokumen tertentu, mungkin sebahagian pemilik page itu terkeluar daripada warganegara atau rakyat negara. 

Pengendali page itu sebenarnya seseorang yang pengecut kerana berselindung dengan gambar palsu dan tidak mahu menunjukkan diri. Dengan kerana sifatnya sebagai pengecut, kemungkinan besar pengendali page itu bukan warganegara tetapi mereka yang dibayar untuk melakukan hasutan-hasutan termasuk memutar belit fakta sejarah.

Oleh kerana undang-undang atau perlembagaan negara dan negeri ditulis sedemikian rupa dengan memasukkan pribumi sebagai rakyat automatik dan penduduk yang berada dalam negeri/negara juga akan automatik sebagai rakyat. Ini terkecuali yang enggan, maka seharusnya pengendali page itu bersyukur jika benarpun mereka itu adalah daripada etnik pribumi. Melalui cara mereka menaik muat berbagai dakwaan yang berunsur fitnah, nampak gaya mereka itu seperti bukan penduduk pribumi akan tetapi mereka yang dibayar oleh pihak-pihak tertentu memuat naik berbagai dakwaan palsu dan fitnah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook