Latest News

Thursday 22 September 2016

SEDIKIT CORETAN Bagaimana Kerajaan Sabah Berubah, SUMPAHAN 9 TAHUN???

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kata penjilat dia ready sda... Oleh FB Ds Chazy (screenshot)

TAHUN 1976 merupakan pertama kali kerajaan Sabah berubah selepas merdeka pada tahun 1963 walaupun dalam selang waktu itu berlakunya penggantian Ketua Menteri. Pada tahun 1985, sekali lagi kerajaan Sabah berubah dan kemudiannya disusuli tahun 1994.

Tahun 1976 kerajaan yang memerintah kalah kerana isu Syed Kechik dan isu harta Sabah dibawa ke London. Tahun 1985 pula kerana isu Ketua Menteri, isu Pulau Labuan serta isu penurunan status Tambunan. Manakala tahun 1994 adalah berkaitan kerajaan negeri berubah kerana isu lompat parti.

Di Sabah pernah ada istilah 'Sumpahan Setiap 9 Tahun'. Maka, berlaku perubahan kerajaan atas sebab parti USNO yang memerintah bersama SCA bermula tahun 1967 tumbang 9 tahun kemudiannya. Demikian juga kerajaan parti Berjaya dan PBS. Akan tetapi, istilah itu tidak berlaku selepas BN Sabah menubuhkan kerajaan pada tahun 1994. Mungkin penyebabnya adalah sistem pertukaran Ketua Menteri yang dilaksanakan sehingga menjadi penawar kepada Jinx 9 Tahun (Sumpahan 9 Tahun). Selama 9 tahun berlaku penggantian 7 Ketua Menteri Sabah termasuk Ketua Menteri Sabah sekarang. Oleh kerana Jinx 9 Tahun sudah ditawarkan, maka Datuk Seri Musa Aman merupakan Ketua Menteri Sabah yang terlama sejak 53 tahun lalu.

Musa sebagai Ketua Menteri, bukan tidak diuji tetapi beliau berjaya membawa BN Sabah mencapai kemenangan melalui tiga Pilihan Raya Umum (PRU). Ujian yang agak mencabar adalah pada PRU-13 lalu apabila mantan pemimpin BN merupakan sebahagian daripada pembangkang termasuklah sebuah parti komponen yang keluar daripada BN Sabah selepas PRU-12. Walaupun tentangan yang begitu hebat diterima, BN Sabah masih menang 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri dan menang 22 kerusi Parlimen daripada 25.

Pada PRU-14 kelak, ujian kepada BN Sabah dan Musa selain para pemimpin dan parti yang sama tahun 2013, kini ditambah dengan parti baru yang diterajui oleh Datuk Seri Shafie Apdal iaitu mantan Naib Presiden UMNO, mantan Menteri Persekutuan dan masih merupakan Ahli Parlimen (MP) Semporna. Umum mengetahui bahawa penyebab Shafie menjadi pembangkang kerana tindakan peribadi beliau sendiri menyertai konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sehinggakan beliau dipecat daripada jawatan kabinet dan digantung sebagai ahli parti. 

Kalau dilihat betul-betul, tidak ada isu yang boleh dijual oleh mereka kepada rakyat. Kalaupun ada, isu-isunya hanya rekaan dan tidak ada kebenarannya. Jika ada isu seperti PATI atau ada rakyat asing masuk di kawasan sempadan membayar wang perlindungan kepada pasukan keselamatan, isu seperti itu bukan polisi kerajaan tetapi tindakan daripada beberapa para individu yang tidak amanah.

Kalau bercakap soal royalti minyak, isu itu pula sudah ada sejak tahun 1976. Kerajaan BN Sabah mempunyai pendekatan tersendiri berkaitan royalti minyak. Malah, sidang DUN Sabah telah diberitahu bahawa banyak manfaat yang sentiasa diperolehi oleh Sabah melalui perbincangan sama ada dengan Petronas mahupun Kerajaan Persekutuan.

Berkaitan dengan butiran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), butiran apakah yang masih tidak dipenuhi hingga menyebabkan kemelut permasalahan ini terus-menerus merugikan rakyat Sabah sehinggalah hari ini? Bercakap berkaitan MA63, perlu kena fikir situasi give and take di antara Sabah dan Persekutuan. Sebabnya, sebarang tindakan atau polisi kena dipertimbangkan atas keperluan negara.

Para pemimpin Sabah telah mengakui bahawa kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik untuk Sabah kerana beliau sangat proaktif terhadap kemajuan negeri. Rakyat Sabah sudah tentu tidak sampai hati melupakan pemimpin yang mengambil berat dan peduli berkaitan kemajuan rakyat semata-mata menyokong parti yang disokong oleh mantan pemimpin-pemimpin yang menjadikan Sabah menjadi miskin semula. Sebenarnya, Dato' Seri Najib Razak telah mengutamakan pembangunan luar bandar Sabah dan Sarawak dengan melantik pemimpin Sabah dan Sarawak dalam menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) walaupun kemudiannya dua kementerian tersebut telah digantikan dengan pemimpin daripada negeri lain. Maka, sebagai gantinya pemimpin Sabah telah dilantik dalam menerajui Unit Perancang Ekonomi negara dan Kementerian Komunikasi dan Mutimedia. Dengan melalui pelantikan itu, pemimpin Sabah diberi amanah mengurus beberapa cabang penting dalam merancakkan ekonomi negara selain meningkatkan pembangunan komunikasi kerana komunikasi merupakan suatu subjek vital bagi pembangunan. 

Agak-agaknya, apa isu yang bakal dijual oleh pembangkang kepada rakyat bagi berdepan dengan BN pada PRU-14 akan datang? Rakyat Sabah sudah tentu ramai yang rasional. Sebab itu, pemimpin seperti Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak yakin rakyat Sabah akan terus menyokong BN Sabah! Kenyataan Menteri Komunikasi dan Mutimedia itu bukan tiada asasnya. Tetapi, itulah hakikat sebenar perasaan majoriti rakyat Sabah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook