Latest News

Tuesday 6 September 2016

SEKOLAH-SEKOLAH DAIF DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 380 BUAH SEKOLAH DI SABAH BERKEADAAN DAIF... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

TERIMA kasih kepada Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Mahdzir Khalid kerana mengkategorikan 380 buah sekolah di Sabah sebagai berkeadaan daif. Sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai daif tersebut adalah bangunan sekolah yang dibina berasaskan kayu atau papan seperti mana kebiasaan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah. Oleh kerana menteri memberi standard bahawa sesebuah bangunan sekolah perlulah daripada bahan konkrit seperti mana kebiasaan di Semenanjung, maka bangunan sekolah daripada kayu dimasukkan sebagai sekolah daif.

Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah daif selain dibina menggunakan kayu atau papan juga tidak dilengkapi bekalan elektrik atau bekalan air bersih.

Proses pembelajaraan sebenarnya bukan bergantung kepada bahan sekolah dibina tetapi keperluan belajar dan mengajar. Jika sesebuah sekolah itu mempunyai guru terlatih yang cukup dan bilangan pelajar yang ingin belajar, maka proses pembelajaraan dianggap sudah sempurna. Namun, jika dilihat kesamarataan bangunan sekolah, maka terdapatlah sekolah daif.

Pembinaan sekolah adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan kecuali sekolah-sekolah persendirian atau swasta seperti sekolah Cina atau sekolah jenis keagamaan.

Di Sabah, semua sekolah kebangsaan atau sekolah menengah seluruhnya dibina menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan. 

Sekolah-sekolah yang didapati daif adalah sekolah-sekolah yang dibina sejak tahun 70-an tetapi masih diguna pakai sebagai tempat proses pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Sekolah yang dikategorikan daif tidak terhad di kawasan pedalaman, malah juga di pinggir bandar. Contohnya SK Nanamun, Kota Belud adalah termasuk sekolah daif kerana masih dibina berasaskan kayu atau papan. Demikian juga SK Rampayan Ulu, masih dikategorikan sebagai sekolah daif atas sebab masih dibina daripada kayu. Demikian juga bangunan-bangunan sekolah di daerah Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan kawasan-kawasan lain masih terkategori sebagai sekolah daif seperti mana kategori yang diberikan oleh kementerian tersebut.

Bagi kerajaan Sabah mengharapkan agar semua sekolah yang dikategori sebagai sekolah daif perlu digantikan dengan bangunan konkrit. Ertinya, kerajaan Persekutuan sekurang-kurangnya akan menyalurkan RM500 juta bagi menggantikan seluruh bangunan sekolah tersebut.

Kerajaan mempunyai pendekatan berterus terang dengan rakyat. Kerajaan tidak mahu menutupi keadaan. Jika memang keadaan sekolah daif, maka daiflah! Kerajaan akan memperuntukan sejumlah wang untuk membina semula atau menggantikan bangunan tersebut. Kepada mereka yang mempergunakan kenyataan menteri itu sebagai kelemahan kerajaan hanya mengambil peluang kepada kejujuran pemimpin kerajaan. Seharusnya, mereka itu tumpang gembira kerana kerajaan sudah berhasrat menggantikan 380 buah sekolah daif tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook