Latest News

Wednesday 7 September 2016

SEMANGAT BARISAN NASIONAL

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lagi cerita sisa² perjuangan pbs... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

SEMANGAT Barisan Nasional tetap kukuh walau apapun keadaan yang berlaku. Bagi tujuan pilihan raya, BN akan senantiasa mengikut keputusan atau persetujuan antara komponen parti apabila memilih calon-calon untuk pilihan raya umum. Demikian juga DUN Kadamaian, Kota Belud. DUN itu adalah kawasan tradisi PBS walaupun pada PRU-13 lalu, calon parti itu tewas kepada calon PKR. Calon PKR itu kemudiannya keluar daripada partinya dan menyertai parti PBRS, juga salah satu komponen BN.

Oleh kerana kesepakatan mana-mana kawasan tradisi parti-parti komponen, maka parti itu akan terus mewakili BN pada sebarang PRU termasuklah DUN Kadamaian. Sebenarnya, PBRS tahu benar peraturan BN. Atas sebab itu, tiada ura-ura parti itu bakal bertanding di DUN Kadamaian.

Apakah calon PBS bakal memberikan kerusi kepada BN? Semuanya terserah kepada pengundi DUN Kadamaian kerana jika pengundi di situ tidak mahu diwakili BN, maka parti manapun meletakkan calonnya, pasti tidak akan menang.

Pada PRU-13, antara sebab kekalahan calon BN di kawasan itu bukan kerana faktor BN tetapi adalah faktor calon. Pengundi Kadamaian terlalu muak dengan calon tersebut kerana tidak mesra alam walaupun diberikan peluang oleh pengundi di kawasan itu berpenggal-penggal. Namun, masih juga berubah, malahan pembangunan di kawasan itu semakin merosot.

Kini, DUN Kadamaian sejak awal tahun 2013 sedang rancak membangun kerana hasil kerjasama berbagai pihak khususnya MP Kota Belud dan Pengerusi BN Bahagian Kota Belud. Jalan-jalan raya sudah dibina malah banyak jalan raya kampung sudah dinaiktaraf.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook