Latest News

Monday 5 September 2016

SIAPA MO1?


JIKALAUPUN, Dato' Rahman Dahlan tidak mengaku bahawa Malaysian Official One (MO1) bukan merujuk kepada Perdana Menteri (Dato' Seri Najib Razak), semua pihak khususnya media antarabangsa dan pembangkang akan memang merujuk MO1 itu adalah Perdana Menteri.

Satu soalan, mengapa DOJ Amerika Syarikat merujuk nama samaran MO1 dan bukan Dato' Seri Najib Razak? Apakah motif DOJ? Itulah intipati temuramah menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Rahman Dahlan  bersama BBC.

Rahman merujuk kepada sistem pemerintahan negara bahawa tiada sesiapa yang mempunyai gelaran MO1 kecuali Perdana Menteri. Melalui keadaan sebenar, maka kenyataan MP Kota Belud itu memang tepat.

Bagi mereka yang membaca laporan DOJ yang dikeluarkan pada 20 Julai setebal 136 muka surat, memang menyebut MO1 sebanyak 36 kali. Namun, tidak pernah terselit satu ayatpun bahawa MO1 itu adalah individu yang disiasat berkaitan 1MDB yang dikatakan bahawa beberapa individu mengambil wang syarikat tersebut dan membelanjakannya di Amerika Syarikat dan negara lain untuk membeli  harta, berjudi, bersuka ria dan sebagainya.

Keterkaitan MO1 dalam laporan DOJ itu hanya kerana beliau merupakan Penasihat Lembaga Pengarah 1MDB, kemudiannya bapa tiri kepada Riza Aziz dan Jho Low kawan kepada Riza Aziz.

Memang membaca laporan DOJ itu, jika hanya membaca sepintas lalu sahaja akan menafikan bahawa MO1 itu bukan Dato' Seri Najib Razak.

Cerita MO1 ini, sebenarnya sama dengan cerita seorang anak merompak atau membunuh. Oleh kerana bapa mempunyai kedudukan atau jawatan, maka yang ditonjolkan adalah sang ayah. Sedangkan, sang ayah tidak tahu menahupun perubatan si sang anak. Ini yang berlaku terhadap MO1 kerana Dato' Seri Najib Razak adalah seorang kenamaan dan telah menjadi sasaran sejak 2014 dengan menggunakan 1MDB sebagai kambing hitam untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

Intipati tindakan sivil DOJ Amerika Syarikat itu, kononnya mahu merampas harta-harta yang dibeli menggunakan wang 1MDB dan kemudiannya mengembalikan wang tersebut kepada 1MDB. Isu ini menjadi persoalan lagi, sebabnya 1MDB telah berulang kali menyatakan tidak ada wang syarikat itu yang lesap. Selain itu, syarikat itu menyatakan tiada urusniaga di Amerika Syarikat. 

Bagaimanakah sesebuah syarikat yang tiada kehilangan wang akan tetapi di pihak lain pula menyatakan kehilangan wang?

Pengakuan Dato' Rahman Dahlan semasa wawancara dengan BBC tidak mempengaruhi kedudukan Dato' Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri sendiri sedar bahawa yang dimaksudkan DOJ itu adalah beliau. Atas sebab itu, tiada penafian daripada Perdana Menteri.  Namun, apa yang jelas laporan DOJ itu hanya berbentuk sindiran dan cuba memalitkan Perdana Menteri serta cuba mewujudkan persepsi dan membuatkan rakyat negara ini berteka-teki.

Namun, apa yang dilupai oleh DOJ Amerika Syarikat sendiri bahawa setiap aktiviti yang berlaku di negara itu apakah oleh rakyatnya sendiri atau rakyat asing berurusniaga di negara itu adalah di bawah tanggungjawab negara itu. Jika sekiranya benar bahawa beberapa individu yang disebutkan dalam laporan itu melakukan kesalahan jenayah, mengapa DOJ Amerika melakukan dakwaan sivil? Inilah keadaan yang menjadi tanda tanya. Kini, selepas laporan DOJ itu melepasi 2 bulan, tidak adapun tindakan susulan. Malah, The Wall Street Journal (WSJ) membuat laporan minggu lalu di mana isi kandungannya berbeza pula dengan kandungan laporan DOJ tersebut. Ertinya, maklumat yang dilaporkan itu hanya berasaskan hearsay atau laporan samar-samar yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook