Latest News

Monday 26 September 2016

SOALANNYA... Hak Sabah Yang Mana Satu Persekutuan Ambil?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pbrs pbs upko. Apa jawapan anda... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

OLEH kerana terikut-ikut kerana ada yang bercakap soal hak-hak Sabah diambil Persekutuan tanpa memperincikan mana satu hak Sabah yang diambil, maka ada pengguna media sosial seperti page yang dirujuk mendakwa ada hak Sabah yang diambil sehingga meminta parti-parti BN Sabah mengemukakan permintaan untuk mengambil balik hak yang diambil itu. 

Sejak 53 tahun, tidak ada seorangpun pemimpin Sabah atau mana-mana pihak di Sabah yang mempunyai merit atau kedudukan untuk memperincikan hak-hak Sabah yang diambil Persekutuan termasuklah Dr. Jeffery Kitingan. ADUN Bingkor itu hanya kerap mereka-reka data akan tetapi hakikatnya data yang dikemukakan itu tidak dapat dibuktikan kebenarannnya.

Memandangkan tiada sesiapa yang dapat memperincikan hak Sabah yang mana satu diambil Persekutuan, maka setiap dakwaan itu hanya merupakan dakwaan retorik.

Apa yang pelik, pihak-pihak yang tiada kuasa, tiada data dan tiada maklumat itu tidak mempunyai akses terhadap maklumat sebenar baik pendapatan negeri atau pendapatan Persekutuan daripada Sabah yang mana semata-mata hanya membuat berbagai dakwaan. Di mana keadaan itu adalah seperti orang lain yang makan tetapi mereka yang kenyang atau juga orang lain yang mandi, mereka pula yang merasa basah.

Ada mustahilnya jika kerajaan Sabah mempunyai maklumat bahawa ada hak Sabah yang diambil tetapi berdiam diri. Jika demikian kedudukkannya, maka Sabah tidak perlu memohon sebarang peruntukan daripada Persekutuan seperti mana diperincikan dalam setiap Bajet Negara. Akan tetapi, hanya menulis surat unutk memperinci hak yang diambil seperti tindakan Bank yang menulis surat kepada peminjam jika gagal membayar. 

Pembangkang termasuk mereka yang suka sangat membuat dakwaan yang kononnya ada hak Sabah yang diambil, sila tolong perincikannya. Berkaitan Pulau Labuan pula bukan Persekutuan yang ambil sebaliknya Kerajaan Negeri Sabah yang serahkan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan kerana banyak sebab. Sebab pertama kerana masalah keselamatan. Kerajaan negeri tidak ada kemampuan menghalang kemasukan pendatang asing di Pulau tersebut dan keduanya, agar pulau itu dimajukan melalui kawasan bebas cukai. Kerajaan negeri tidak mampu menjadikan kawasannya bebas cukai kerana jika melakukannya, maka kerajaan negeri bakal berdepan dengan pendapatan. Tujuan kerajaan menjadikan Pulau Labuan bebas cukai supaya banyak syarikat antarabangsa menjadikan pulau itu sebagai tempat pemunggahan barang sebelum dihantar ke negara-negara lain. Melalui cara itu akan dapat mewujudkan aktiviti ekonomi di pulau tersebut di mana sebelum ini aktiviti penduduk pulau ini hanya bergantung kepada hasil laut.

Selain Labuan, sehingga kini tiada hak Sabah yang telah diserahkan kepada Persekutuan. Berkaitan industri minyak dan gas, ianya bukan diserahkan akan tetapi telah dimajukan oleh Petronas. Selepas 53 tahun, kini Sabah mempunyai syarikat minyak dan gasnya sendiri iaitu M3Energy Bhd, anak syarikat Sabah Development Bank. M3Energy mempunyai peluang memajukan industri minyak dan gas Sabah di mana sebelum ini tidak dapat melakukannya berikutan kekangan modal. Indutsri minyak dan gas memerlukan modal yang banyak kerana industri tersebut merupakan industri padat modal.

Jangan hanya tahu bercakap bahawa hak Sabah diambil Persekutuan kerana Persekutuan merupakan pelindung kepada keselamatan Sabah memperbaiki penjagaan kesihatan rakyat Sabah dan menjamin pendidikan rakyat Sabah. Tiga sektor ini merupakan sektor yang memerlukan kos yang sangat besar, malahan 20 hingga 30 kali ganda pendapatan Sabah. 

Jadi, sekiranya ada hak diambil, tolong senaraikan hak Sabah yang mana satu Persekutuan ambil! 

Berkaitan agama negeri, rakyat Sabah sendiri yang mengubahnya. Berkaitan bahasa pula, semua rakyat Sabah bebas menggunakan bahasa ibunda seperti mana sebelum merdeka. Berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris, silakan hantar anak-anak anda ke Sekolah Berbahasa Inggeris kerana sejak dari dahulu sekolah seperti itu adalah jenis swasta, perlu membayar dan tidak sama dengan sekolah kebangsaan yang percuma.

Akhir kata, senaraikan hak Sabah yang mana diambil Persekutuan dan jangan hanya bersembunyi dengan perkataan SERAHKAN HAK SABAH SEPERTI DALAM MA63. PERINCI HAK ITU???
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook