Latest News

Monday 5 September 2016

STATELESS CHILDREN: Siapa Doris Jones Desak Anifah Untuk Meletak Jawatan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) You being paid not in small amount and is it fair for me... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEORANG pelarian yang hanya berstatus isteri kepada mat salleh cuba mendapat nama dengan mendesak Dato' Sri Anifah Aman untuk meletakkan jawatan.
  
Tahukah anda oleh kerana perikemanusian pemimpin Malaysia atau Sabah, maka membiaknya pendatang asing tanpa izin ke Sabah. Oleh kerana atas perikemanusian itu, maka ianya dijadikan bahan politik termasuk juga Doris Jones yang membuat berbagai dakwaan yang kononnya pemimpin Sabah khususnya Datuk Seri Musa Aman sebagai penternak PATI.

Membaca komen Doris melalui perkongsian video yang memaparkan "stateless children di Sabah" menjadikan Doris double standard. Ertinya, “perjuangannya” melalui SSKM memang palsu kerana perjuangannya itu hanya semata-mata untuk mendapatkan wang daripada pihak-pihak tertentu. Kasihan sungguh kepada mereka yang diperalatkan oleh Doris bagi membuang masa di laman sosial dengan memuat naik berbagai gambar rekaan, cerita-cerita dongeng dan dakwaan palsu semata-mata untuk menyokongnya. Tulisan atau ulasan AFS selama ini yang menyatakan bahawa tujuan Doris Jones aktif melalui media sosial dengan berselindung pada page SSKM adalah semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membantu dia tinggal di UK.

Semakin hari terbukti melalui tindakan Doris sendiri, komennya melalui perkongsian video tersebut mendedahkan siapa sebenarnya Doris Jones.

Tiada unsur kemanusian yang perlu dijawab oleh Dato' Sri Anifah Aman selaku Menteri Luar di PBB berkaitan dengan stateless children itu kerana PBB tahu sejak tahun 70-an, Sabah atau Malaysia telah memberi peluang kepada badan dunia itu menyelesaikan masalah pelarian ke Sabah atau Malaysia dan memang telah mengantisipasi bahawa stateless children akan menjadi masalah. Hal ini kerana mereka itu dilahirkan oleh mereka yang tidak berdokumen atau PATI.

PBB tidak akan berani memberi apa-apa ulasan atau dakwaan kerana badan dunia itu memang dipihak yang salah dan daripada awal-awal lagi Malaysia telah mengutarakan kebimbangan tersebut. Oleh kerana badan dunia itu merasa bersalah, maka tidak perlu memberi sebarang komen atau kenyataan akan tindakan kerajaan bagi Memburu, Menangkap dan Menghantar pulang PATI sejak Disember 2014 yang lalu.

Doris, janganlah berlagak seperti anjing yang menyalak di bukit!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook